• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Nasional Ketiga Dilancar Mac 2021

oleh
09/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MODEL pertama kereta nasional baharu dijangka mula dilancarkan pada Mac 2021 dengan jangkaan model jenis sedan segmen C.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, syarikat tempatan, DreamEDGE Sdn. Bhd. (DreamEDGE) dipilih sebagai syarikat utama dalam projek ini dengan kos pelaburan 100 peratus daripada pembiayaan swasta.

“Syarikat ini berjaya membuktikan keupayaannya dengan kemampuan teknologi yang dimiliki selain rekod cemerlang dalam projek berkaitan robotik, internet benda (IoT) dan rekaan automotif,” katanya pada sidang media di Cyberjaya, hari ini.

Menurutnya, Daihatsu Motor Company (Daihatsu) pula akan memberi sokongan dari aspek teknologi.

“Penyertaan Daihatsu hanya dari aspek sokongan teknologi dan tidak membabitkan sebarang pelaburan atau perkongsian ekuiti dalam projek ini,” katanya.

Selain pelancaran model pertama pada 2021, prototaip kenderaan ini akan diperkenalkan pada Mac 2020 dengan pengambilan tenaga kerja berkaitan akan bermula pertengahan September tahun ini.

Darell berkata, kenderaan ini juga membabitkan 100 peratus penyertaan tempatan bermula dari aspek konsep sehinggalah pengeluaran dengan sasaran kandungan tempatan sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan berkata, pihaknya masih belum boleh mendedahkan jumlah pelaburan untuk projek ini namun, ia dijangka mencecah ratusan juta.

“Kami masih membincangkan lebih lanjut mengenai perkara ini dan akan mengumumkan perkembangan projek ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Tags: DaihatsuDarell LeikingDreamEDGEkereta nasional ketiga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Risalah Kristian Di Masjid Selat Melaka

Next Post

Kadar Pengangguran Kekal Pada 3.3 Peratus

Related Posts

Prototaip Kereta Nasional Ketiga Sudah Disiapkan

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Prototaip kereta nasional ketiga yang dibangunkan DreamEDGE Sdn. Bhd. sudah siap dibangunkan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Mesyuarat 2 Hala Malaysia-India Tak Tercapai

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mendedahkan bahawa mesyuarat 2 hala yang dicadangkan oleh India...

Next Post

Kadar Pengangguran Kekal Pada 3.3 Peratus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd