• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Beri Ganjaran RM200K ‘Pocket Rocketman’

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu memberi ganjaran RM200,000 kepada jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang yang berjaya merangkul kejuaraan dunia pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia 2017 di Hong Kong, baru-baru ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata ganjaran itu melibatkan wang tunai RM100,000, manakala RM100,000 lagi adalah bagi membiayai latihan Azizulhasni di dalam atau luar negara.

“Kejayaan ini amat membanggakan negara dan kita harap ia dapat memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk terus menempa kejayaan dalam arena berbasikal, sekaligus menjadi contoh kepada mereka yang lain.

“Kita juga tiada masalah untuk menaja pelumba ini dan menerusi skim latihan. Azizulhasni boleh memberikan perancangan sama ada untuk membeli kelengkapan atau sebagainya…

“Sesi latihan bergantung kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan wira negara itu, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ muncul pelumba Malaysia pertama meraih gelaran dunia apabila menjuarai acara Keirin pada Kejohanan Dunia di Hong Kong, Khamis lepas.

Terdahulu, Azizulhasni diberi sambutan meriah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, dengan kehadiran kira-kira 1,000 peminat sukan berbasikal termasuk pelumba Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG).

Beliau kemudian diarak menaiki kenderaan pacuan empat roda, sambil diiringi 200 penunggang basikal tempatan sehingga ke perkarangan Wisma Darul Iman.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pihaknya juga akan terus memantau perkembangan Azizulhasni serta atlet lain dari semasa ke semasa, termasuk dari segi keperluan mereka untuk bersaing pada temasya sukan berprestij.

Beliau berkata kerajaan negeri juga berhasrat melantik Azizulhasni sebagai duta dalam bidang sukan dan pelancongan selaras dengan Tahun Melawat Terengganu 2017.

“Namun kita akan perincikan kembali perkara ini dan jika Azizulhasni mempunyai ruang dan peluang, kita akan susun program yang bersesuaian nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni AwangKejohanan Trek Dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zuraida Minta Jangan Kait Dengan Ketua AMK Ampang

Next Post

Tiada Unsur Jenayah Pelajar Lemas Di Kolam Renang

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Tiada Unsur Jenayah Pelajar Lemas Di Kolam Renang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd