• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Kongsi Posting Dari Page Yang Menyamar Dia?” – Najib

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan bukti “page history – Nga Kor Ming Superfans” adalah milik Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mempunyai bukti page berkenaan adalah page yang asal milik Kor Ming atas nama berkenaan sejak tahun 2009 lagi.

Malah, katanya, Pengerusi DAP Perak itu pernah meminta maaf kepadanya di mahkamah setelah beliau memfailkan saman fitnah berhubung satu hantaran dari page yang sama.

“Saya telah tunjukkan bukti “page history” untuk membuktikan page “Nga Kor Ming Superfans” merupakan page asal atas namanya sejak tahun 2009.

“Nga Kor Ming sendiri (pun) pernah minta maaf kepada saya di mahkamah setelah saya saman fitnah dia kerana satu posting dari page yang sama itu,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Najib menjawab kenyataan Kor Ming yang menyifatkan beliau telah menyebarkan fitnah jahat dengan cuba merosakkan reputasi Pengerusi DAP Perak itu dan partinya.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu menyifatkan Najib sebagai manusia yang sudah hilang akal, tiada maruah serta ketandusan idea dengan melakukan kerja menabur fitnah.

“Laporan polis akan dibuat,” kata Kor Ming menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Menurut Najib, Kor Ming hari ini menyatakan page “Nga Kor Ming Superfans” merupakan page yang menyamar diri menggunakan nama “Nga Kor Ming Super Fans Page”, tetapi ia bukan darinya ataupun DAP.

“Tapi, saya pun hairan kenapa Nga Kor Ming sanggup share (kongsi) posting dari page yang menyamar dia?

“Dia tak marah ada orang menyamar dan menggunakan nama dia,” katanya.

Najib berharap, pemimpin DAP itu tidak sekali-kali memadamkan posting asal beliau yang dipaparkan pagi ini.

“Jangan cuba nak delete posting ini pulak kerana seperti posting asal saya pagi ini, saya dah “cache” posting dia ini dalam internet: https://web.archive.org/…/13352907…/posts/10214758539340495…,” katanya.

Sebelum ini Najib menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan terhadap Kor Ming kerana telah menghasut orang Cina untuk membenci Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penggunaan tulisan, selain bahasa Melayu pada papan tanda jalan.

Najib turut menyifatkan hantaran di laman sosial Facebook Kor Ming itu sebagai menghasut dan sengaja menggunakan isu perkauman.

“Posting FB mereka kata jangan salahkan kerajaan PH jika mereka tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa kerana ianya keputusan Sultan Selangor.

“DAP mengajak orang Cina yang tidak puas hati dengan keputusan itu untuk membantah di depan muka Sultan Selangor. Saya harap kaum Cina tidak termakan hasutan DAP. DAP mesti berhenti menghasut dengan memainkan isu perkauman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laman Facebook menggunakan nama “Nga Kor Ming Super Fans Page” itu memuat naik hantaran dalam bahasa Cina menyatakan ketidakpuasan hati terhadap titah Sultan Sharafuddin yang mahu semua papan tanda nama jalan bertulisan Cina di daerah ini ditanggalkan dan diganti serta-merta. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakNga Kor MingSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Malu Beritahu Punca Pendapatan, Dividen LTAT Lembap?

Next Post

Adakah 4 Suspek Kes Adib Masih Di Dalam Negara?

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

Next Post

Adakah 4 Suspek Kes Adib Masih Di Dalam Negara?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd