Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Kehadiran Rakyat Bukti Semua...

GEORGE TOWN - Kehadiran rakyat begitu ramai pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan...

Naik Taraf Pusat Latihan...

ALOR SETAR - Kerja menaik taraf venue utama acara perahu layar pada temasya...

Unit Induk Urus Sukarelawan,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

Bapa Setubuh Anak Mirip...

JAKARTA  - Ibarat ikan haruan yang sanggup makan anak-anaknya sendiri, namun kes ini...

Kemelut Selesai, Nora Terima Permohonan Maaf Fasha

SEBELUM ini, nama dua pelakon jelita iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha menjadi bualan hangat ekoran kemelut hubungan mereka yang bermasalah sejak bertahun-tahun lalu.

Begitupun, segala kemelut itu menemui titik noktah selepas kedua-dua pelakon popular itu bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian saman fitnah antara mereka secara baik di luar mahkamah.

Nora Danish

Bahkan, Nora juga bersetuju untuk menarik balik saman fitnah yang dikemukakan beliau dan syarikatnya terhadap Fasha bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta selepas pelakon itu mengemukakan permohonan maaf di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim M Gunalan pada 22 Mei lalu.

Memetik BH Online, Peguam Datuk David Gurupatham mewakili Nora berkata, anak guamnya sehubungan itu menarik balik saman berkenaan dan hakim Gunalan kemudian merekodkan penghakiman persetujuan berhubung penyelesaian kes, dalam kamar hakim.

Ujar beliau lagi, Fasha turut membuat aku janji untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah sama pada masa hadapan terhadap diri, syarikat dan keluarga Nora.

Fasha Sandha

Dalam perkembangan lain, dalam kenyataan dipersetujui yang dibacakan di mahkamah, Fasha berkata, beliau memohon maaf kerana menyiarkan kiriman yang menjadi subjek dalam kes tuntutan saman itu di laman Instagram miliknya pada 18 Ogos 2017.


“Walaupun saya tidak meletakkan nama sesiapa pun, saya percaya ramai beranggapan posting terbabit ditujukan kepada beliau.

“Saya kesal dengan apa yang terjadi dan selanjutnya memberi aku janji bahawa saya tidak lagi membuat penyiaran yang disifatkan memburukkan imej Nora, Danish Empire, OwlbyND dan keluarga terdekat Nora,” katanya.

Dalam prosiding itu, Fasha diwakili peguam Azmi Mohd Rais dan Nizam Bashir. – MYNEWSHUB.CC

Kategori