Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hans Isaac Banyak ‘Menipu’...

KUALA LUMPUR - Datuk Hans Isaac berkata beliau terpaksa banyak 'menipu' teman wanitanya...

Hans Isaac, Gabriella Robinson...

NAMA Hans Isaac, 46, hangat diperkatakan dulu apabila dia mahu mendirikan rumah tangga...

Kanak-Kanak Maut, Lemas Dalam...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh dalam...

BN Perlu Agresif Menangi...

MIRI – Parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu berusaha habis-habisan untuk memenangi...

Keluarga Rancang Bawa Farid Kamil Jumpa Pakar

KELUARGA pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhasrat untuk membawa aktor itu menjalani rawatan kesihatan lebih terperinci di sebuah hospital selepas dibebaskan daripada tahanan.

Menurut adiknya, Dr. Anis Anwar, keluarga ingin merujuk Farid, 37, kepada pakar perubatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan pelakon itu bagi menerima rawatan selanjutnya kelak.

“Tekanan juga merupakan salah satu daripada masalah mental, tetapi sebelum membuat sebarang keputusan kita perlu menjalani beberapa peringkat rawatan terlebih dahulu.

“Perancangan kami selepas dia dibenarkan diikat jamin, kami akan terus mendapatkan rawatan di hospital untuk mengetahui punca dia bersikap sedemikian,” jelas Anis dipetik sebuah portal online.

Sementara itu, dua selebriti tanah air, Azhan Rani dan Azad Jasmin dilihat turut hadir ketika perintah tahanan reman Farid dilanjutkan sehari semalam sebagai tanda sokongan buat pengarah filem V3: Samseng Jalanan itu.

Menurut Azhan, dia mengakui terkejut apabila mengetahui tentang Farid kerana pada awalnya beranggapan perkara tersebut hanya satu gimik filem dan tidak begitu mengendahkannya.

Bagaimanapun katanya, setelah melihat berita itu menjadi tular, dia hadir ke mahkamah untuk melihat sendiri keadaan Farid selepas mendengar pelbagai versi mengenai penahanan aktor itu sejak Khamis lalu.

“Alhamdulillah keadaannya hari ini (Isnin) nampak lebih bersemangat dan sangat berbeza dengan keadaannya di mahkamah yang sama beberapa hari lalu.

“Saya tolak tepi apapun kesalahannya buat masa ini kerana percaya dia sangat memerlukan sokongan daripada rakan-rakan dalam keadaan ini.

“Farid bukan sahaja rakan artis, tetapi juga merupakan bekas pelajar saya ketika bergelar tenaga pengajar di UiTM beberapa tahun lalu.


“Farid yang saya kenali sebelum ini adalah seorang yang sopan dan tidak pernah berkasar dengan sesiapa dan ia membuatkan saya berasa begitu sedih dengan apa yang menimpanya saat ini.

“Apa yang saya harapkan agar dia dalam keadaan yang baik dan selebihnya mendoakan agar dia dirahmati,” luah Azhan dipetik Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut Azad pula, dia berharap agar netizen berhenti menjadi ‘malaikat penghukum’ dan terus memberi sokongan kepada Farid sekeluarga.

“Secara peribadi saya memang telah lama mengenali Farid dan mengharapkan kalian sebagai peminat tetap memberi sokongan kerana itu yang diperlukan sekarang,” ujar Azad.

Pada Jumaat, Farid ditahan reman bagi bantu siasatan berhubung kes amuk dan menampar seorang anggota polis serta menendang dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori