Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Najib Lancar Pendaftaran UMNO...

Seperti mana yang dijanjikan beliau dalam Taklimat Tertutup Presiden UMNO ketika Perhimpunan Agung...

Minuman Starbucks Disahkan Halal,...

PETALING JAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman Starbucks...

Wanita Maut Dirempuh Lori...

PARIT BUNTAR - Seorang wanita maut dirempuh sebuah lori di hadapan premis memproses...

Ben Ali Dedah Farid...

PENAHANAN pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil masih lagi mengejutkan para peminat dan...

Kelab England Ada Pakej Lawat Korea Utara

ANEH… Sebuah kelab divisyen keenam bola sepak England memeterai perjanjian tajaan baharu yang menawarkan lawatan ke Korea Utara, salah sebuah negara yang paling terpencil di dunia.

Blyth Spartans, sebuah kelab yang berpangkalan di timur laut England, memasarkan iklan pada 26 Disember lalu, dengan tertera ayat promosi Lawat Korea Utara, malahan menawarkan pakej percutian ke negara komunis itu.

Gambar-gambar di gegantung iklan tersebut dengan pantas tular menerusi media sosial, sekali gus menyebabkan syarikat dan kelab tersebut mengesahkan bahawa kerjasama itu memang sahih dan bukannya satu gurauan.

“Lawat Korea Utara berbesar hati untuk mengumumkan perjanjian tajaan dengan kelab bola sepak England Blyth Spartans FC,” menurut jurucakap kelab berkenaan menerusi satu kenyataan media dalam laman sesawangnya.


“Meskipun ia pastinya unik dan lain daripada yang lain, Lawat Korea Utara tetap bangga kerana dapat membantu sukan bola sepak di peringkat tempatan dan diharap perluaskan publisiti bagi kelab-kelab di utara England.”

Pengurusan Spartans turut membuat pengumuman mengenai perjanijian aneh berkenaan dalam semua program perlawanan kelab tersebut, lapor agensi berita antarabangsa AFP. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori