• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Batal Tuntutan Cukai Jualan, Penalti Heineken

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Satu notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM22.16 juta yang dikeluarkan oleh Kastam Malaysia kepada Heineken (M) Bhd. telah dibatalkan, lapor The Edge Markets.

Syarikat itu berkata ia menerima surat, bertarikh 3 Februari yang membatalkan notis tuntutan berkenaan pada, 17 Februari lepas.

Dalam pemfailan hari ini, Heineken berkata tuntutan itu adalah untuk cukai jualan antara 1 Julai 2012 hingga 31 Oktober 2013.

Laporan itu menambah bahawa terdapat satu lagi notis tuntutan berjumlah RM34.17 juta untuk duti eksais dari 28 Ogos 2012 hingga 31 Oktober 2013 kekal tidak berubah.

Syarikat itu berkata ia mempunyai alasan kukuh untuk menolak asas tuntutan tersebut.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Selangor membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta yang dikeluarkan kepada Carlsberg Brewery Malaysia.

Carlsberg mengesahkan pembatalan tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti sebanyak RM6.88 juta bagi tempoh 1 Julai 2011 hingga 14 Januari 2014 dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia. – FMT

Tags: cukai jualanHeinekenKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabinet Bincang Cadangan Larang Kemasukan Pelancong China

Next Post

PKR, DAP Minta Tarikh Spesifik Peralihan Kuasa

Related Posts

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Next Post

PKR, DAP Minta Tarikh Spesifik Peralihan Kuasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd