• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Rasa Tidak Dihargai” – Pengerusi FGV

oleh
26/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan pemegang-pemegang saham terbesar FGV Holdings Bhd. (FGV) menolak usul berhubung kenaikan bayaran yuran ahli lembaga pengarah seolah-olah mahukan mereka bekerja secara percuma.

Ini kerana, menurut Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, para pemegang saham tersebut telah meluluskan resolusi pelantikan semula barisan lembaga pengarah syarikat berkenaan.

“Ini macam mereka mahu kami kerja tetapi tidak mahu bayar.

“Perlu diingatkan bahawa ahli-ahli lembaga pengarah ini telah bekerja keras sejak setahun setengah yang lalu untuk melaksanakan pelbagai rancangan yang kami fikirkan mampu memberi sumbangan positif kepada kelangsungan dan keuntungan FGV.

“Jawapan ringkasnya, saya rasa apa yang kami lakukan selama ini tidak dihargai. Mungkin mereka rasa orang lain boleh melakukan dengan lebih baik. Itu adalah perasaan saya ketika ini, mungkin ianya silap tetapi secara semulajadinya, itulah yang dirasakan,” katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan FGV di sini hari ini.

Tiga pemegang saham terbesar yang menolak resolusi tersebut adalah Felda, Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan Lembaga Angkatan Tentera (LTAT).

Mesyuarat yang berlangsung selama lima jam itu gagal meluluskan resolusi berkaitan pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018; meluluskan pembayaran sebahagian yuran pengarah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020 dan meluluskan pembayaran faedah-faedah berbayar mulai 26 Jun 2019 sehingga AGM berikutnya pada 2020.

Selain itu, usul yang turut ditolak adalah membabitkan pemberian kuasa kepada pengarah untuk mengumpulkan saham dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat 2016.

Sebanyak 12 resolusi dikemukakan pada mesyuarat berkenaan.

Ketika ditanya apakah barisan lembaga pengarah FGV akan meletakkan jawatan disebabkan isu tersebut, Azhar berkata, tiada keputusan yang telah dibuat setakat ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan, para pengarah syarikat tersebut tidak menyertai FGV hanya kerana wang.

“Pengarah-pengarah syarikat ini tidak berada di sini kerana mahukan yuran pengarah atau apa.

“Kami hadir dengan penuh kefahaman mengenai cabaran yang dihadapi oleh FGV dan kami melalui segala susah payah untuk memulihkan FGV.

“Jadi saya rasa, dalam apa jua keputusan yang diambil, ianya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan yuran pengarah tetapi apa yang telah kita cuba lakukan untuk FGV,” katanya lagi.

Tambah Azhar, semua pihak tidak sepatutnya menyamakan situasi yang berlaku di dalam syarikat korporat lain dengan FGV.

Katanya, beliau dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain menerima FGV ketika syarikat tersebut sedang bergelut dengan pelbagai masalah dan mereka juga telah diberi tanggung jawab untuk memulihkannya.

“Para pemegang saham atau sesiapa sahaja patut berlaku adil kepada kami. Korporat Malaysia tidak mudah.

“Setiap syarikat tidak sama terutama sekali FGV.

“Jika anda mahukan saya menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang segala-galanya telah siap, semuanya betul dan berprestasi baik, ada wang yang banyak supaya mudah untuk kami melaksanakan strategi pelaburan dan sebagainya, saya boleh kata OK, awak bayar saya jumlah yang berpatutan dan saya akan bekerja untuk anda.

“Tetapi untuk FGV yang mana menanggung kerugian berbilion ringgit dan disebabkan hanya RM1 bilion-RM2 bilion anda mahu cipta situasi begini, saya rasa ia tidak rasional kerana FGV tidak normal. Ia unik dari segenap segi.

“Saya rasa biarlah juri di luar sana (menghakimi) apa yang kami telah usahakan selama ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tags: FeldaFGVWira Azhar Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pekerja Myanmar Maut Tertimbus Tanah Runtuh

Next Post

Piala Dunia 2034: Agong Sambut Baik

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

Next Post

Piala Dunia 2034: Agong Sambut Baik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd