Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

500,000 Pelawat Dijangka Kunjungi...

PUTRAJAYA - Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) yang bermula hari ini sehingga 22...

Video Kontroversi: Polis Akan...

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Jurulatih Bawah 16 Tahun...

Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan bawah 16 tahun negara, S Balachandran mengakui...

Saman DOJ: Kerajaan Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak melindungi sesiapapun atau menyembunyikan maklumat berhubung saman sivil...

Kajian Terowong Dasar Laut Akan Siap September

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong dasar laut dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir bulan depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kajian kebolehlaksanaan projek itu kini 92 peratus siap dengan draf laporannya masih dirujuk kepada jurutera perunding bebas yang dilantik bagi sebarang pindaan.

“Kita akan menunggu kajian kebolehlaksanaan siap sebelum kita memutuskan sama ada meneruskan atau tidak projek terowong itu. Itulah asasnya untuk membuat keputusan lanjut nanti,” katanya pada sidang media hari ini.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai terletak di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos anggaran RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

PTMP terdiri daripada 4 pakej projek terowong dan 3 pakej 3 lebuh raya utama dengan Pakej 1 melibatkan jalan pesisir pantai utara Tanjung Bungah – Teluk Bahang, Pakej 2 (Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu – Bandar Baru Air Itam, Farlim) dan Pakej 3 (Jalan Pangkor – Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu).

Chow berkata, kos keseluruhan pembinaan terowong dasar laut dan 3 lebuh raya utama itu tidak pernah berubah, iaitu kekal pada RM6.341 bilion.

Beliau turut menolak dakwaan Presiden MCA, Wee Ka Siong yang kos pembinaan terowong dasar laut itu bernilai RM20 bilion.


“Jumlah kos keempat-empat pakej ini dari hari pertama hingga ‘master agreement’ (perjanjian induk) yang baru ditandatangani pada 2 Ogos lepas masih kekal RM6.341 bilion.

“Tak pernah kita sebut kos projek ini lain daripada angka ini dan nilai serta saiz tanah masih 44.52 hektar di Tanjung Pinang dengan nilai RM1,300 satu kaki (0.3m) persegi.

“Kita tidak pernah berganjak daripada angka-angka ini, baik dari segi perbincangan, kenyataan akhbar, perjanjian pertama dan perjanjian terkini. Kita tidak tahu dari mana Wee Ka Siong dapat angka tersebut. Dia ada angka dia sendiri.”

Beliau berkata, projek pembinaan lebuh raya Pakej 2 dijangka bermula Oktober ini selepas perjanjian pembinaan ditandatangani.

“Kita sudah tahu Zenith Consortium memperoleh kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA), tetapi tempoh dia akan tamat pada November. Oleh itu, kita harap selewat-lewatnya 31 Oktober perlu mula kerja. Selain EIA, pelan pengurusan alam sekitar (EMP) juga sudah diperoleh.

“Jadi, apa yang menghalang kerja dari mula adalah kita perlu menandatangani perjanjian pembinaan bagi pakej berkenaan. Itu dijangka ditandatangani dalam September.”

Kategori