• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Vaksinasi Harian Melepasi 150,000 Dos

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi harian bagi mengekang penularan COVID-19 di Malaysia, berjaya mencatat angka tertinggi dengan 151,309 dos diberikan, semalam.

Ia sekali gus merealisasikan sasaran kerajaan untuk mencapai kadar suntikan vaksin COVID-19 sebanyak 150,000 dos sehari, selewat-lewatnya akhir bulan ini, sebelum ditingkatkan kepada 200,000 dos sehari menjelang hujung bulan depan.

Perkembangan memberangsangkan itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui Facebook rasmi, hari ini.

Berdasarkan maklumat dikongsikan, seramai 105,722 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 45,587 lagi selesai mendapat suntikan dos kedua, semalam.

Peningkatan kadar vaksinasi itu antara lain disokong oleh pengoperasian lebih 280 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, selain PPV pandu lalu yang kini semakin bertambah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, dipetik sebagai berkata pewujudan PPV pandu lalu akan diperluaskan ke seluruh negara.

Antara PPV pandu lalu yang menjadi perintis ialah di Hospital Universiti Sains Malaysia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Selain itu, PPV turut diwujudkan di institusi pengajian tinggi (IPT) meliputi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, bagi menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Inisiatif menyediakan kemudahan van vaksinasi juga dilaksanakan di kawasan pedalaman bagi mereka yang berdepan kesukaran dari segi pengangkutan serta warga emas yang tinggal bersendirian.

Hingga kini, kira-kira 3.79 juta penduduk telah divaksinasi, manakala 12.77 juta individu mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. – BH Online

Tags: JKJAVvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Terima Menghadap PM Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet

Next Post

Pemimpin GPS Menghadap Agong Isnin Depan

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Pemimpin GPS Menghadap Agong Isnin Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd