• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Panggil Pemilik Kenderaan Untuk Disiasat

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang penumpangnya dirakam membuang sampah ke dalam sungai, semalam.

JPJ dalam kenyataan media berkata pihaknya mengeluarkan notis temu siasat mengikut seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan berkenaan.

“Membuang sampah daripada kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Kaedah 52 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. 

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan terhadap pelaku mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Jika sabitan kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya,” katanya.

Pada masa sama, JPJ turut menasihatkan masyarakat supaya tidak menjadikan amalan membuang sampah dari kenderaan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, tular video sebuah kereta yang berhenti di atas jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap.

Video berdurasi 20 saat itu mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik. – BH Online

Tags: buang sampahJPJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRU15 Boleh Dilaksanakan – SPR

Next Post

Jemaah Menteri Cipta Sejarah Mesyuarat Tanpa Kertas

Related Posts

JPJ Panggil Semula 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha Dan Mercedes

JPJ Panggil Semula 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha Dan Mercedes

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 8,322 kenderaan membabitkan tiga jenama kerana berisiko mengalami kecacatan komponen dan kegagalan...

Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai Selasa Ini – JPJ

Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai Selasa Ini – JPJ

29/06/2025
0

KOTA BHARU: Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa Selasa ini....

Next Post

Jemaah Menteri Cipta Sejarah Mesyuarat Tanpa Kertas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd