Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Akhirnya… Hanyut Mula Ditayangkan...

AKHIRNYA, filem Hanyut bakal menemui penonton tanah air bermula 24 November ini selepas...

Ketua Pengarah JKSM Dapatkan...

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na'im...

Ukraine Mahu Sekatan Hingga...

LVIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menggesa Russia dikenakan sekatan sehingga mampu melumpuhkan...

Betulkan Persepsi Masyarakat Terhadap...

SEREMBAN - Umat Islam perlu berbalik semula kepada ajaran agama sebenarnya supaya persepsi...

Isu Pusat Judi Haram: Jamal Hairan Polis Kepung Rumahnya

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran tindakan kumpulan Gerakan Baju Merah menceroboh masuk beberapa premis perniagaan baru-baru ini.

Difahamkan, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut manakala sembilan ahli kumpulan itu direman selama enam hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan semua yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 39 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis juga ada menerima aduan mengenai beberapa kehilangan barang ketika insiden ceroboh itu berlaku,” katanya ketika dihubungi. – Harian Metro

————————————————————————————————–

AMPANG – Tindakan aneh pihak polis terpaksa mengepung rumah pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos di sini mencetuskan pelbagai persoalan mengenai apakah motif langkah itu

Beberapa portal politik tempatan bagaimanapun percaya usaha gigih pasukan polis tersebut hari ini kemungkinan ada kaitan dengan tindakan beliau sebelum ini pernah menceroboh pelbagai pusat judi haram baru-baru ini.

Jamal terdahulu dijadualkan sepatutnya mengadakan satu sidang media khas di luar perkarangan balai polis Ampang kira-kira pukul 3 petang Khamis bagi mendedahkan isu permasalahan rakyat marhaen di Selangor.

Menurut portal AgendaDaily, wakil media yang dijemput oleh Jamal turut menyatakan 12 rakannya telah berjaya ditahan polis dipercayai berkaitan kes sama tetapi belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa sendiri.

“Saya sudah membuat satu temu janji pada pukul 3 petang dengan pihak polis sendiri malah saya sedia untuk pergi ke balai polis, jadi saya tidak faham mengapa mereka perlu berada di sekitar kawasan rumah saya,” katanya.

Secara sinis, Jamal menyatakan mungkin pihak polis tidak sabar-sabar hendak menangkap dirinya tetapi lucunya, polis sebelum itu ada meminta beliau supaya dapat datang ke mana-mana balai polis untuk menyerah diri.


jamal1

“Ada dua buah kereta polis kini, nanti saya maklum semula,” katanya kepada Sinar Online. Tindakan itu juga difahamkan berhubung kes Jamal menceroboh sebuah pusat judi di Ampang yang didakwa beroperasi haram.

Dalam pada itu, portal The Star Online pula melaporkan beberapa anggota polis dilihat berdiri di luar perkarangan rumah Jamal sambil mereka sempat berbual mesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali melalui pagar.

Beberapa buah kereta polis turut kelihatan di perkarangan rumah pemimpin badan bukan kerajaan itu. Setiausaha Jamal, Durrany Izam bagaimanapun dilaporkan mengesahkan bahawa Jamal masih belum lagi ditahan.

“Polis masih berada di luar rumah. Saya fikir beliau (Jamal) masih belum keluar rumah. Pihak polis sudah berada di sini sejak pukul 12.30 tengah hari lagi,” kata Durrany yang dipetik oleh pelbagai portal berita tempatan.

Beliau mendakwa dirinya kemungkinan turut akan ditahan pihak polis memandangkan namanya juga berada dalam senarai reman pihak berkuasa susulan satu isu baru-baru ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori