• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu AGM PPBM: RoS Tidak Perlu Takut Pada Mahathir

oleh AK-47
10/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya berlaku adil dan tegas dalam isu parti itu yang didakwa melanggar perlembagaannya.

Beliau juga meminta RoS supaya tidak takut kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta tidak terperangkap dalam permainan pengerusi PPBM itu.

“RoS tidak boleh amalkan sifat pilih kasih di mana bila Tun Mahathir menerajui PPBM dan Pakatan Harapan maka layanan istimewa diberikan kepada PPBM. Sepatutnya ini tidak boleh berlaku dan RoS perlu berlaku adil.

“Saya berpendapat Tun sudah pun sedar bahawa hayat PPBM tidak lama kerana parti itu telah melanggar peraturan atau perlembagaannya. Jadi beliau sekarang cuba salahkan pihak lain kononnya ada pihak yang cuba sabotaj parti.

“Tun juga menyalahkan pihak RoS pula dengan menyatakan dia tidak pernah terima maklum balas daripada RoS (berhubung pendaftaran PPBM),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Kamarul Azman tindakan segera perlu diambil memandangkan lebih 400 laporan telah dikemukakan oleh anggota-anggota PPBM dari seluruh negara kepada RoS sebelum ini.

Beliau berkata, RoS sepatutnya menjalankan siasatan terperinci berhubung pelanggaran Perlembagaan PPBM yang antaranya melibatkan status keahlian, kewangan dan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lepas yang didakwa diadakan tanpa terlebih dahulu mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan serta bahagian.

Sehubungan itu, beliau menyokong kenyataan bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat, Mohamad
 Taufik Abas semalam yang akan membawa kira-kira 1,000 anggota PPBM mengadakan protes aman di ibu pejabat RoS sekiranya masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap parti itu dalam tempoh dua minggu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata RoS telah memulakan siasatan terhadap PPBM berhubung status AGM parti itu pada 30 Disember lepas yang mendapat bantahan anggota parti pembangkang berkenaan.

Turut berkongsi pandangan Kamarul Azman adalah bekas pengarah logistik dan keselamatan gerak gempur PPBM Bahagian Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang turut mendesak RoS supaya tidak membiarkan isu Perlembagaan PPBM berlaku tanpa tindakan sewajarnya.

“Sebelum ini, Dr. Mahathir menuduh anggota-anggota parti yang membangkitkan isu parti sebagai ‘sampah’ sedangkan kami di peringkat akar umbi berjuang untuk parti sejak awal penubuhannya.

“Isu ini dah berlanjutan beberapa bulan masih tidak selesai. Tidak tahulah apa yang RoS takutkan dan kita mahu tindakan sewajarnya diambil dalam isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ROSTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Aziz Kurang Senang Dengan Pakatan Masa Hidup

Next Post

Persembahan Justin Dikritik Peminat Prince

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Next Post

Persembahan Justin Dikritik Peminat Prince

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd