Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Budak Dilanggar Van Sekolah...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang digilis van sekolah yang...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit...

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang...

Isu Pelabur China: Sultan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan...

KWSP: 94.4% Responden Mahu...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan hasil kaji...

IDRISSI School, Pilihan Terbaik Sekolah Islam Antarabangsa

HEBAT… Usia IDRISSI School baru lebih tiga tahun, namun nama sekolah ini cukup hebat dengan citra reputasi akademik cemerlang sehingga turut jadi pilihan warga luar negara dan tempatan.

Bukan itu sahaja, lebih unik, sekolah ini sudah gah mengangkat imej nama Islam apabila disenaraikan sebagai satu-satunya Sekolah Islam di antara 10 Sekolah Antarabangsa Terunggul di Malaysia.

Ia juga dianugerahkan Eco Primary Education Award 2017 oleh Presiden PEKA yang turut diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin.

Tidak cukup dengan itu, IDRISSI School dinobatkan sebagai sekolah pertama di dunia bertaraf Eco- Islamic School dan didaftar sebagai Eco-School sebuah pertubuhan di bawah World Wildlife Federation (WWF) sejak 2014 lagi.

Namun, bak kata orang, ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi, bagi pengasas IDRISSI School ini, Zaliza Alias, kejayaan diraih meskipun umur institusi itu boleh dianggap seperti baru setahun jagung, ternyata bukan untuk bangga diri dabik dada.

Sebaliknya pengiktirafan diterima daripada organisasi luar itu telah menjadi pemangkin bagi pihak pentadbiran dalam usaha mengekalkan lagi kegemilangan IDRISSI School untuk tempoh jangka masa panjang.

Pengasas IDRISSI School, Zaliza Alias.

Ketika ditemui Mynewshub di premis IDRISSI School baru-baru ini, Zaliza sudi berkongsi cerita kejayaan sekolah pendidikan antarabangsa swasta itu yang bukan sekadar sekolah aliran Islam yang hanya berasaskan buku teks.

Mesti ramai mak dan ayah kat luar sana lebih yakin, sebab IDRISSI School memiliki sejumlah 70 tenaga pengajar berpengalaman dan berkemahiran daripada beberapa negara seluruh dunia. IDRISSI School bukan sahaja beroperasi dengan lesen kelulusan dari Kementerian Pendidikan, bahkan mendapat akreditasi Universiti of Cambridge International Examinations, Cambridge International School sejak ditubuhkan.

Tambah lebih menarik, ini juga berkat pengalaman luas Zaliza sendiri pernah mengasaskan tadika Islam dikenali Genius Aulad hampir dua dekad lalu yang kini sudah hampir 70 cawangan di seluruh negara.

“Mungkin ramai tidak percaya, idea untuk tubuhkan IDRISSI School timbul dan diimplikasikan dalam masa hanya 3 bulan. Sebab saya merasakan negara perlu segera ada keperlbagaian sistem pendidikan alaf ke-21 yang bukan berorientasi gred peperiksaan semata-mata,” kata beliau.

Hasilnya sekarang, lebih 500 pelajar IDRISSI School ketika ini dari peringkat prasekolah hingga menengah didedah sistem pendidikan piawaian Cambridge, membolehkan pelajar sambung belajar di university-universiti pilihan dalam dan luar negara dengan izin Allah s.w.t.

Bahkan kurikulum integrasinya turut disuntik dengan pendidikan ‘Value Education Program’ dan ‘Eco-Muslim Scout’ memberi penekanan kepada pendidikan alam sekitar di samping bidang kemahiran hidup.


Ini meliputi pertukangan, jahitan, perkomputeran dan sebagainya di luar kelas bagi pembentukan sahsiah diri Muslim pelajar untuk mampu berdikari serta berdepan dengan segala cabaran realiti kehidupan semasa.

“Kami ada lima bangunan setiap blok empat tingkat, tetapi prasarana di sini seperti belajar dalam suasana kediaman rumah, selesa dan lengkap dengan kolam ikan dan taman, di samping ada gelanggang futsal dan bola keranjang,” jelas Zaliza.

Uniknya, sesuai dengan taraf Eco-School, IDRISSI School dah ada “ladang” kecil sendiri! – reban ayam, itik, arnab dan kandang kambing yang beberapa kali melahirkan anak dan disaksikan muridnya, malah diajar cara sembelihan untuk tujuan pembelajaran.

Keprihatian IDRISSI School dalam isu alam sekitar turut mendapat perhatian ramai ibu bapa. Seronoknya, ada ibu bapa turut terlibat dalam aktiviti tanaman yang sehingga ini mencecah hampir 200 jenis tanaman di semua sudut kosong yang ada. Tidak hairanlah suasana di Idrissi cukup hijau dan tenang.

Sejajar dengan taraf sebagai sekolah antarabangsa, IDRISSI School turut ada program tahunan seperti ‘hari antarabangsa’ menampilkan penglibatan semua pelajar dan guru dengan tugasan mempersembahkan mengenai keunikan sesebuah negara. Dengan cara ini juga para pelajar belajar menghargai negara Malaysia.

“Bukan sahaja mereka perlu pamer persembahan tradisional dan lagu kebangsaan serta budaya negara itu, persembahan ada juga berceritakan keadaan umat Islam di pelbagai negara seluruh dunia,” jelas Zaliza.

Hakikatnya, dengan motto ‘Be The Change’, IDRISSI School menekankan pendidikan holistik dengan gabungan kurikulum ukhrawi di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan duniawi berasaskan Cambridge.

Mudah cerita bagi Zaliza, kewujudan IDRISSI School amat tepat dan mampu menjadi model tanda aras sekolah Islam bertaraf antarabangsa di negara ini terutama ibu bapa yang mahu platform pendidikan luas dan terbaik buat masa depan anak mereka. – Mynewshub.TV

Kategori