Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Budak Maut Terjatuh Dari...

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari...

Teliti Kaedah Konvensional Lebuhraya...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti kaedah konvensional yang digunakan untuk membina jajaran...

Muzik Video Kanye Papar...

PENYANYI dan rapper terkenal, Kanye West sekali lagi menggemparkan industri hiburan antarabangsa apabila...

PAC Akan Audit Sendiri...

PETALING JAYA - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan proses pengauditannya sendiri...

Anti-ICERD: PDRM Siap Siaga Hadapi Sebarang Isu

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan agar peserta perhimpunan kesyukuran kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa MeĀ­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak mencetuskan sebarang provokasi pada perhimpunan berkenaan, petang ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini kerana PDRM bersiap-siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Beliau berkata sejak semalam PDRM telah membuat pemantauan dan jumlah peserta ICERD pada pagi ini dianggar seramai 5,000 orang dan jumlah itu dijangka meningkat pada tengah hari ini.

ā€œPDRM telah buat persiapan serapi mungkin dan kami berdoa dan berharap agar tiada apa-apa yang berlaku pada petang ini.

Sekiranya perhimpunan ICERD ini tidak selesai selepas pukul 6 petang ini, PDRM akan terus memantaunya sehingga ke pagi esok dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,ā€ katanya pada sidang media sempena Majlis Berkhatan Perdana PDRM 2018, di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.

Pada Khamis lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata PDRM akan menutup enam jalan di ibu negara bersempena perhimpunan ICERD, bermula pukul 6 pagi ini


Tindakan berkenaan dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, seramai 74 kanak-kanak berumur dari lapan hingga 10 tahun terdiri daripada anak-anak warga PDRM menyertai majlis berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. – BERNAMA

Kategori