ICERD Bakal Jadikan Al-Quran Sebagai Rasis?

BAHANA… Usaha pihak tertentu di Malaysia mahu Pakatan Harapan (PH) ratifikasi Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (ICERD) sebenarnya ada agenda…

BAHANA… Usaha pihak tertentu di Malaysia mahu Pakatan Harapan (PH) ratifikasi Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (ICERD) sebenarnya ada agenda tersembunyi.

Malah ia memiliki jauh lebih banyak implikasi negatif daripada yang disangka ramai termasuk rancangan jahat pihak terbabit untuk bebas hina Islam dalam senyap dengan berselindung konon syiar agama itu berbaur rasis.

Perkara buruk tersebut dibongkar sendiri oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Datuk Naser Disa kepada portal berita hal ehwal Islam tempatan, Menara.my hari ini.

Mengikut kajian beliau, terdapat hampir 15 implikasi buruk yang bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia dan umat Islam khasnya jika ICERD ini diratifikasikan selain bukan hanya ancam hak istimewa bumiputera dan Melayu.

Ini kerana perkara sensitif berkenaan meskipun dijamin Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya boleh dipinda kerajaan PH di Parlimen pada bila-bila masa sahaja konon untuk diselaraskan dengan kehendak ICERD.

“Kita perlu faham bahawa penafsiran dan pemakaian apa saja prinsip ICERD ini ditentukan oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Hak Asasi PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu) dan bukannya oleh pihak berkuasa dalam negara kita.”

Mengulas lanjut, Naser memberi contoh adakah kelak sesetengah ayat-ayat Quran dilarang daripada dibacakan kerana dilabel sebagai berunsur rasis, atau tidak hormati hak golongan tertentu yang diketahui memang anti-Islam.

“Ayat di mana Allah SWT cerca umat Nabi Luth AS contohnya, adakah ini kelak akan dilabel sebagai tidak hormati ICERD kerana dianggap konon tidak adil kepada golongan LGBT untuk terus buat amalan seks terkutuk itu?”

Malah apakah nanti akan timbul petualang penyokong ICERD akan kata bahawa terma Raja-Raja Malaysia diguna pakai sebagai ganti Raja-Raja Melayu bagi membolehkan sesiapa sahaja kelak dakwa diri sebagai raja negara ini?

“Ini kelak akan membuka jalan kepada menjadikan Malaysia sebuah republik,” jelas Naser sambil menegaskan bahawa ratifikasi ICERD ini adalah agenda petualang negara dan mereka harus disiasat. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...