• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Ke Atas Timbalan Menteri Bukan Dwi Standard

oleh
29/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbezaan hukuman yang dikenakan terhadap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijatuhkan oleh mahkamah berlaku berikutan kesalahan yang dilakukan berbeza-beza mengikut peraturan dan pertuduhan yang berlainan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ada hukuman yang hanya dikenakan denda maksimum RM1,000 berikutan individu terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam PKP.

Ada individu yang dikenakan hukuman penjara berikutan mereka melanggar peraturan undang-undang di bawah peruntukan mengikut Kanun Keseksaan termasuk menghalang penjawat awam.

“Mengenai hukuman, saya rasa bila disebut RM1,000 itu mesti mengenai hukuman yang dikenakan terhadap Timbalan Menteri dan EXCO Perak.

“Ramai netizen membandingkan (hukuman itu). Seperti yang saya jelaskan, tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang di negara kita dan kerajaan bersikap adil kepada semua.

“Sesiapa yang melanggar undang-undang akan diambil tindakan, tanpa mengira sebarang kedudukan. Ini jelas apabila dua daripada orang kenamaan kita dihukum oleh mahkamah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di sini, hari ini.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Ismail Sabri berkata, dalam kes seorang Timbalan Menteri dan EXCO Perak yang masing-masing dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 oleh mahkamah, ia berikutan kedua-dua mereka didakwa kerana melanggar SOP bawah PKP dan bukan melanggar arahan PKP itu sendiri.

Wakil rakyat adalah individu yang dibenarkan untuk menjaga rakyat dan pengundi mereka, justeru, mereka boleh bergerak untuk menyerahkan bantuan kepada pengundi dan rakyat di kawasan yang mereka wakili.

“Namun, kerana mereka melakukan kesalahan dari segi penjarakan sosial, tindakan yang dikenakan adalah mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dengan hukuman maksimum sebanyak RM1,000.

“Hukuman itu juga sudah maksimum sedangkan mahkamah boleh menetapkan mungkin RM100 atau RM200 saja kerana dalam undang-undang hanya disebut (jumlah) maksimum.

“Kesalahan lain, saya pernah sebutkan, ramai yang dipenjara, bukan bawah PKP semata-mata tetapi (mereka juga melakukan) kesalahan lain mengikut Kanun Keseksaan (KK), yang ditangkap kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ada antara mereka yang ditahan itu, bukan sekadar menghalang penjawat awam menjalankan tugas termasuk menangkap mereka malah ada yang melanggar sekatan jalan raya sehingga mencederakan anggota polis.

“Jadi bermakna, yang dipenjara itu bukan hanya melanggar SOP. Yang dipenjara itu kerana melakukan kesalahan lain, melanggar Kanun Keseksaan dan sebagainya, disebabkan itulah hukuman mereka berbeza.

“Bukan ada dua darjat seperti yang cuba digambarkan oleh ramai di luar sana,” katanya.

Media semalam melaporkan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, 59, dan EXCO Perak, Razman Zakaria, 60, masing-masing didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.

Turut didakwa bersama di mahkamah berkenaan ialah 13 individu lain termasuk adik Dr Noor Azmi, Noor Azman, 57, yang masing-masing didenda RM1,000 kerana mengingkari PKP.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didapati berkumpul di kawasan jangkitan bagi tujuan sosial, sekali gus mengingkari PKP.

Tags: hukumanperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inspektor Didakwa Lagi Esok Kerana Rogol Wanita Mongolia

Next Post

Etnik Rohingya Hina Orang Melayu Menetap Di AS

Related Posts

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

Hukuman Dikurangkan, Najib Bebas Ogos 2028

02/02/2024
0

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib Razak yang kini ditahan di Penjara...

Tanah Runtuh Cameron Highlands: Mayat Ditindih Pokok, Kepala Parah

Perintah ICJ ‘Tamatkan Era Israel Bebas Daripada Hukuman’ – PM Palestin

27/01/2024
0

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) malam tadi "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada...

Next Post

Etnik Rohingya Hina Orang Melayu Menetap Di AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd