Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Pagar Utama Flat...

SATU video menunjukkan kanak-kanak kecil dengan mudah melepaskan dirinya dari dalam untuk keluar melalui...

Episod Baharu Yang Sengaja...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu...

Kebakaran Hutan Dekat Berlin,...

BERLIN - Kira-kira 600 orang penduduk dipindahkan daripada kediaman mereka selepas satu kebakaran...

Ling Belum Jawab Tuntutan...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik masih belum...

Hubungan Cinta Emma, Kamal Akhirnya Berkubur

SETELAH berbulan spekulasi liar bermain di dalam hubungan cinta antara pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli, akhirnya gadis manis itu membuka mulut mengenai status sebenar hubungan mereka.

Tidak menolak dakwaan bahawa aktres cantik iaitu Zahirah Macwilson menjadi punca keretakan hubungan cintanya, Emma tidak mahu lagi memandang ke belakang kerana segalanya sudah pun berakhir.

Baca: “Kalau Ada Batu Api, Bila Nak Habis” – Kamal Adli

Juga: Tidak Perlu ‘Cinta Lokasi’ Untuk Serasi – Zahirah

“Rasanya cukuplah sampai di sini. Saya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini kerana tidak mahu disalah erti oleh mana-mana pihak. Malah, ada yang menganggap saya cemburu buta.

“Sebagai pelakon, semestinya saya memahami kerjaya sebagai anak seni. Bagi saya, ‘chemistry’ (keserasian) yang tercipta antara pelakon, habis sebaik saja kamera dipadamkan dan tidak harus berpanjangan hingga ke luar lokasi.

“Kalau betul kemesraan di tunjukkan atas urusan kerja, kenapa perlu sorok seperti menyembunyikan sesuatu? Saya tidak boleh bersama dengan orang yang menipu dan kemudian menuding jari supaya kesalahan diletak pada bahu orang lain,” katanya kepada BH Online.

Sudah tiga tahun menyulam cinta bersama Kamal, pelakon kacukan Melayu-Scotland itu kecewa apabila kepercayaan yang diberi dimusnahkan begitu saja.

Kata Emma lagi, dia bukannya ‘membabi buta’ membuat keputusan untuk menamatkan hubungan dengan lelaki itu, tetapi dia berasa sedih apabila kedua-dua Kamal dan Zahirah memilih untuk merumitkan lagi keadaan dengan menuding jari kepada pihak lain.

“Tiada sesiapa yang menjadi batu api dalam perkara ini. Semestinya teman rapat mahukan yang terbaik untuk saya dan tidak mahu melihat saya sering dikecewakan.


“Kami berempat (Emma, Kamal, Zahirah dan Zul Ariffin) duduk berbincang mengenai isu ini. Rasanya tidak perlu merumitkan keadaan dan lebih matang jika Kamal dan Zahirah mengakui kesilapan mereka,” katanya.

Tambah Emma lagi, dia bersyukur kerana akhirnya ‘sikap sebenar’ Kamal terserlah jua.

Kasihan pula dengan Emma ni; miliki pakej lengkap sebagai wanita namun sering sahaja dikecewakan dalam bercinta.

Sabarlah, Emma. Kami yakin ramai jejaka-jejaka di luar sana yang sedia beratur untuk memenangi hati awak! – MYNEWSHUB.CC

Kategori