• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina TMJ: Pipiyapong Bebas Dengan Jaminan Polis

oleh
11/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Penerbit buku indie, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong yang ditahan semalam bersabit kenyataan berbaur penghinaan kepada Tunku Mahkota Johor, dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas tindakan terhadapnya dilaksanakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, Firdaus Abdillah, 36, yang merupakan pemilik akaun twitter ‘pipiyapong’ ditahan di Kuala Lipis, Pahang, pada 11.15 pagi semalam.

“Pada 4 Mei lepas, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki awam berumur 37 tahun berkaitan satu posting (hantaran) oleh pemilik akaun twitter bernama ‘pipiyapong’.

“Posting tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan berbaur penghinaan yang ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Khalil berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. – UTUSAN ONLINE

Tags: PipiyapongTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perpaduan Semakin Rapuh Setahun PH Memerintah

Next Post

“Kenapa Guan Eng Tak Jawab Sendiri?”

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

Next Post

"Kenapa Guan Eng Tak Jawab Sendiri?"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd