Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PLKN Sesi 2015 Ditangguh...

Semasa membuat pengumuman Semakan Bajet 2015 hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Banyak Lagi Akan Dikorban...

BARU-BARU ini diumumkan oleh perdana menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bantuan kewangan...

Blok Asrama Murid Lelaki...

SIBU - Sebuah blok asrama murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Long Busang, Belaga...

Rahim Sepahtu Berjaya Turun...

SEJAK lima minggu lalu, anggota kumpulan lawak Sepahtu, Rahim giat menjalani program Misi...

Hina Bugis: Polis Rakam Keterangan Mahathir

PUTRAJAYA – Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya baru-baru ini yang menyifatkan masyarakat Bugis sebagai lanun.

Proses merakam keterangan yang dijalankan empat pegawai polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat bekas perdana menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, di sini.

Peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika ditemui pemberita berkata sebanyak 32 soalan ditanyakan dalam sesi yang berlangsung selama 45 minit tersebut.

Dr Mahathir memberi kerjasama penuh dan menjawab setiap soalan kecuali soalan yang dinasihatkan oleh peguam untuk tidak dijawab di mahkamah jika didakwa, katanya.

Mohamed Haniff berkata beliau difahamkan keterangan itu dirakam susulan tiga laporan polis yang dibuat pihak tertentu dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.


Isu itu tercetus selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang menyebut Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia.

Malah memintanya balik ke Sulawesi ketika berucap pada himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober lepas. – BERNAMA

Kategori