• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazama Dihentam Pakai Baju Celoreng Askar

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM bermulanya persaingan program realiti Mentor Milenia yang mempertaruhkan mentor Akim, Hazama, Black dan Tomok untuk mencari protege berbakat yang bakal menyinari industri seni suara tanah air.

Hazama Dihentam Pakai Baju Celoreng Askar
Hazama Dihentam Pakai Baju Celoreng Askar. – Foto NSTP

Namun, dalam pada orang sibuk tertumpu pada persaingan protege, nama Hazama tiba-tiba menjadi bualan hangat di kalangan netizen gara-gara jaket yang digayakannya dalam program itu semalam.

Hazama yang baharu sahaja bergelar suami kepada pemuzik Genervie Kam dilanda kontroversi apabila pemakaiannya itu disifatkan tidak menghormati profesion askar.

Menerusi status Facebook Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, ia menerangkan yang orang awam tidak boleh sewenang-wenangnya memakai baju tentera.

Hazama Dihentam Pakai Baju Celoreng Askar

“Semua ambil maklum pemakaian baju tentera, orang awam tidak boleh memakai sewenang-wenangnya. Begitu susah seorang anggota tentera dan juga pesara-pesara tentera mahu menjadi tentera untuk membolehkan mereka memakai baju uniform tentera.

Kerana populariti, kamu memakai baju celoreng tentera, bagaimana pula perasaan anggota dan pesara tentera yang masih berkhidmat ataupun yang dah bersara melihat anda memakai baju tersebut?

“Kalau berminat sangat nak pakai baju celoreng tentera masuklah askar wataniah.

“Di manakah maruah anggota tentera ataupun pesara-pesara tentera, sering kali pakaian anggota dipergunakan tanpa batasan dan waktu yang sepatutnya,” tulis pemilik akaun Facebook itu lagi.

Perkara sebegini bukan baharu terjadi di kalangan selebriti, seperti contoh, tahun lepas aktres cantik Fathia Latif turut dikritik kerana berpakaian tentera dan Fathia telah pun memohon maaf di atas kekhilafannya itu.- MYNEWSHUB.CC

Baca: Dikritik ‘Senda’ Pakai Baju Tentera, Fathia Mohon Maaf

Tags: hazamapenyanyiselebritiTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd