• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Tinggi Kerajaan 2019 Kerana Dividen Petronas – Najib

oleh
05/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hasil tinggi yang diperolehi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tahun lalu sebahagian besarnya disumbangkan dividen Petronas sebanyak RM54 bilion berbanding RM38 bilion ketika pemerintahan Barisan Nasional.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mempersoalkan defisit dan perbelanjaan kerajaan PH yang lebih tinggi tahun lalu.

Katanya, pemimpin PH menipu rakyat dengan mendakwa prestasi kerajaan pimpinan mereka baik disebabkan hasil kerajaan meningkat 13.5% tahun lalu kepada RM264.4 bilion, sedangkan hutang kerajaan tahun lalu ialah yang tertinggi dalam sejarah negara, iaitu RM792.9 bilion berbanding RM741 bilion pada 2018 dan RM686.8 bilion pada 2017 ketika pentadbiran BN.

“Hutang negara naik amat laju tahun lepas, walaupun dividen Petronas paling tinggi dalam sejarah dan banyak aset negara dijual sehingga aset bersih Khazanah jatuh daripada RM116 bilion pada 2017 di bawah BN kepada RM73 bilion pada akhir 2019.

“Bagaimana pula hasil kerajaan mampu naik pada 2019 sedangkan GST (cukai barang dan perkhidmatan) sudah tiada, ekonomi paling teruk sejak 10 tahun lalu, ‘share market’ paling corot dalam dunia dan harga minyak dunia rendah?” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, ketua audit negara dilaporkan berkata, hasil kerajaan persekutuan pada 2019 berjumlah RM264.415 bilion, meningkat sebanyak RM31.532 bilion atau 13.5% berbanding 2018, tetapi perbelanjaan mengurus yang diluluskan tahun lalu ialah RM260.547 bilion dan perbelanjaan sebenar berjumlah RM263.343 bilion.

Terdahulu, Lim Guan Eng yang juga bekas menteri kewangan berkata, hasil tinggi kerajaan itu ialah contoh kejayaan tadbir urus baik oleh kerajaan PH tanpa GST.

Katanya, penghargaan patut diberikan kepada penjawat awam di bawah Kementerian Kewangan yang memastikan hasil kerajaan dikutip dengan teratur dan telus.

“Saya berharap kerajaan PN akan beralih fokus daripada mengawal tahap hutang dan defisit fiskal negara, kepada meminjam lebih banyak wang untuk berbelanja demi membantu rakyat Malaysia dengan menyelamatkan pekerjaan, mata pencarian dan perniagaan mereka,” tulisnya di Facebook. – FMT

Tags: dividen petronasGSTLim Guan EngNajib Tun Razakpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Erra Fazira Selamat Dinikahkan

Next Post

PKPB Di 3 Lagi Mukim Bermula 7 November

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

PKPB Di 3 Lagi Mukim Bermula 7 November

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd