Harga Minyak Semakin Dekat AS$30 Setong

SINGAPURA – Harga minyak terus mencatatkan kerugian dalam dagangan hari ini selepas merosot lebih daripada AS$1 setong, selepas keputusan kecemasan Rizab Persekutuan mengurangkan kadar faedah gagal menenangkan pasaran kewangan global yang panik akibat penyebaran coronavirus yang semakin meluas dan mengganggu ekonomi.

Minyak mentah Brent jatuh sebanyak AS$ 1.83 kepada AS$ 32.02 setong oleh 2331 GMT, kejatuhan ketara lebih daripada 20% pada minggu lepas. Harga bulan depan dibuka pada paras tertinggi AS$ 35.84 tetapi jatuh kepada AS$ 31.63.

Minyak mentah Amerika Syarikat pula diniagakan pada paras AS$ 30.20 setong, turun sebanyak AS$ 1.53 selepas jatuh di bawah AS$ 30 pada awal sesi.

Rizab Persekutuan A.S. mengurangkan kadar faedah pada hari Ahad dalam pengurangan kecemasan kedua pada bulan ini, selain mengumumkan pakej rangsangan sekurang-kurangnya AS$ 700 bilion dalam beberapa minggu akan datang.

Pasaran minyak telah mengalami tekanan hebat akibat kekurangan permintaan dan penularan wabak koronavirus.

Keadaan diburukkan apabila Arab Saudi yang merupakan pengeksport utama minyak dunia meningkatkan pengeluaran dan menurunkan harga untuk meningkatkan jualan kepada pengguna-pengun di Asia dan Eropah. – Agensi

Loading...