• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Wayang Politik Kit Siang

oleh
13/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ugutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah satu wayang politik.

Ugutan itu juga dilihat sebagai memberi gambaran bahawa DAP masih berpengaruh dalam Pakatan Harapan (PH).

Itu dakwaan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang turut menyifatkan Kit Siang akan segera bersara untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap Dr. Mahathir jika pemimpin veteren DAP itu benar-benar ikhlas.

“Oleh itu, Kit Siang digesa berhenti berwayang, sepertimana beliau juga membuat wayang apabila berjanji bahawa DAP akan menyemak dan mengimbang Dr. Mahathir, dan juga akan menyiasat semula skandal-skandal yang berlaku di bawah pemerintahan Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri keempat selama 23 tahun.

“Tetapi, tindakan Kit Siang mengugut bersara memang selari dengan sikapnya selama ini, iaitu untuk mewujudkan masalah dan membiarkan orang lain ‘membersihkannya’. Sebelum ini DAP di bawah kepemimpinannya telah menghasut rakyat membenci Dr. Mahathir, alangkah terkejutnya rakyat apabila mereka sanggup bekerjasama dengan diktator ini semata-mata untuk mendapatkan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Lian Ker mendakwa, Kit Siang seolah-olah hendak melarikan diri apabila sikap diktator Dr. Mahathir mula menyerlah, malah sanggup untuk bersara supaya dilihat sebagai seorang ‘wira’.

“Hakikatnya, DAP yang mengembalikan seorang diktator kepada pucuk pimpinan negara atas ketamakan kuasa mereka sendiri. Ia jelas dilihat bahawa Kit Siang memang tidak memainkan peranannya dengan baik, dan negara tidak akan kehilangan atau rugi jika beliau masih kekal ataupun bersara.

“Jadi, Kit Siang digesa berhenti membuat wayang mahu bersara atau lebih baik lagi menunaikan janjinya untuk menyiasat semula skandal-skandal yang didakwa berlaku di bawah (pemerintahan) Dr. Mahathir,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPLim Kit Siangpakatan harapanTi Lian Kerwayang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penubuhan IPCMC Dibentuk Hujung Tahun Ini

Next Post

4 Lelaki Ditahan Rancang Serangan Pada Bulan Ramadan

Related Posts

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Next Post

4 Lelaki Ditahan Rancang Serangan Pada Bulan Ramadan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd