• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 2 Orang Dari Rumah Sama Dibenarkan Keluar

oleh
31/05/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai 1 Jun ini, hanya dua orang wakil isi rumah dibenarkan keluar bagi mendapatkan keperluan asas, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dua orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas.

“Maksimum tiga orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman.

“Atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediaman,” katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Sementara itu, bagi kapasiti penumpang pengangkutan awam dan e-hailing, Ismail Sabri berkata, hanya ditetapkan kepada dua orang sahaja termasuk pemandu dan penumpang.

“Bagi perkhidmatan bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam pula dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus penumpang.

“Bagi kehadiran pekerja swasta dan awam juga masing-masing terhadap kepada 20 dan 60 peratus seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, bagi taska, tabika, tadika swasta serta pusat perkembangan minda kanak-kanak tidak dibenarkan kecuali bagi petugas barisan hadapan.

“Aktiviti solat dihadkan kepada 12 orang terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surat sahaja.

“Begitu juga dengan upacara akad nikah dibenarkan hanya di Pejabat/ Jabatan Agama Islam dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Bagi aktiviti rumah ibadat selain Islam pula juga dihadkan kepada AJK rumah ibadat tanpa kehadiran penganut.

Sementara itu, aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan secara individu di kawasan terbuka.

“Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter.

“(Perlu) dilakukan di kawasan kejiranan tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa,” katanya. – Sinar Harian

Tags: perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Detik Hitam Buat Negara

Next Post

Krisis COVID-19 Tuntut Peranan Semua Pihak

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

29/07/2021
0

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021....

Next Post

Krisis COVID-19 Tuntut Peranan Semua Pihak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd