Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

300 Maut, 6 Juta...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 300 orang maut di timur dan tengah India, selain...

[RASMI] Rubiah Wang Pertahan...

PETALING JAYA : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Rubiah Wang mempertahan kerusi...

Kakitangan Diplomatik Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala...

AADK Laksana Kajian Tangani...

KUALA LUMPUR - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan melaksanakan kajian terperinci dalam...

Google Rai Ulang Tahun Gmail Ke-15

GOOGLE pada Isnin mengumumkan ciri-ciri baharu Gmail semasa meraikan ulang tahun ke-15 perkhidmatan mel itu dan menjanjikan bahawa ia adalah lebih cekap serta lebih banyak membantu, lapor agensi berita China Xinhua.

Tom Holman, pengurus produk kanan Gmail, berkata, Google ingin menjadikan perkhidmatan mel terkenalnya itu lebih banyak membantu 1.5 bilion pengguna yang terdapat di seluruh dunia pada masa ini.

Beliau berkata, Gmail sedang mengemas kini Smart Compose, satu ciri yang menggunakan kecerdasan buatan bagi membantu pengguna menulis e-mel dengan lebih pantas.

Ciri baharu ini membolehkan Gmail menyesuaikan diri dengan cara pengguna menulis e-mel melalui cadangan perkataan atau ayat yang mungkin lebih tepat berdasarkan tabiat pengguna dalam mengarang sesuatu e-mel.

Beliau berkata ciri ini membantu menyelamatkan “orang ramai daripada menaip lebih 1 bilion aksara setiap minggu,” yang hampir menyamai jumlah 1,000 salinan filem “Lord of the Rings”.

Smart Compose didatangkan dalam pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, Perancis, Itali serta Portugis dan boleh didapati pada telefon yang menggunakan Android.

Ciri yang sama akan diperluas kepada sistem iOS untuk pengguna iPhone tidak lama lagi, kata Holman.

Gmail turut memperkenal ciri penjadualan mel mengikut tarikh dan masa yang lebih sesuai.


Selepas pengguna menulis e-mel, mereka hanya perlu menekan butang “Schedule” bagi menentukan bila e-mel itu akan dihantar.

Holman berkata, ciri itu membantu mereka yang bertugas merentasi zon masa atau tidak mahu mengganggu waktu santai penerima e-mel yang sedang bercuti.

Terakhir, ciri yang dikemas kini mampu membantu pengguna Gmail meningkatkan kecekapan mereka dengan membenarkan mereka membalas mesej komen dalam Google Docs atau menyemak seimbas hotel yang dicadangkan secara terus antara e-mel.

Google telah melancarkan perkhidmatan Gmail pada 1 April 2004 dengan ciri Carian Google terbina dalam yang berkuasa dan kapasiti penyimpanan data percuma 1GB bagi setiap pengguna, yang didakwa Google hampir 100 kali lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan penyedia e-mel lain ketika itu.

Kategori