• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gnanaraja Sudah Didakwa, Guan Eng Bila Lagi?

oleh
15/04/2019
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail berkata, pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli perniagaan G. Gnanaraja membuktikan sememangnya wujud unsur-unsur yang tidak sepatutnya dalam isu projek terowong dasar laut.

Jelas beliau, pertuduhan tersebut juga menimbulkan persoalan bagaimana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun ditahan untuk disoal siasat.

“Sejak dahulu lagi rakyat Pulau Pinang mahukan kebenaran berkaitan isu terowong ini namun ada sahaja alasan yang diberikan oleh Guan Eng. Sekiranya benar dia tidak bersalah mengapa perlu takut?

“Malangnya apabila pentadbiran kerajaan bertukar tangan, isu terowong terus ‘didiamkan’ sedangkan perkara ini sudah dalam siasatan.

“Kini, kami mendesak agar siasatan diteruskan terhadap Guan Eng dan semua individu yang terbabit kerana kami mahukan kebenaran. Apatah lagi ini duit rakyat yang ditelah dibazirkan begitu sahaja,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Untuk rekod, Gnanaraja berhadapan dengan tiga pertuduhan rasuah RM19 juta melibatkan penipuan menutup kes berkaitan projek terowong Pulau Pinang.

Pertuduhan pertama adalah menipu Pengarah Urusan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd., Zarul Ahmad Mohd Zulkifli bahawa beliau akan membantu menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendorong diberikan RM2 juta pada Julai 2017.

Pertuduhan kedua, pada tarikh 25 Julai, menipu pihak yang sama dengan mendorong diberikan RM15 juta.

Manakala pertuduhan ketiga pada Ogos 2017 mendorong pihak yang sama memberinya RM2 juta untuk menutup kes SPRM di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai lebih RM6 bilion yang dirancang kerajaan Dap Pulau Pinang telah disiasat SPRM selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi khususnya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan projek tersebut.

Berikut pula adalah info kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Guan Eng dalam sidang DUN Pulau Pinang yang dipertikaikan:

30 April 2015
– Kerajaan negeri memaklumkan DUN bahawa kajian kebolehlaksanaan bagi projek tiga lebuh raya sudah 97 peratus siap, manakala reka bentuk terperinci (75 peratus).

– Kerajaan negeri turut memaklumkan DUN bahawa jangkaan bagi projek tiga lebuh raya itu siap sepenuhnya adalah antara 2016 hingga 2020.

19 Mei 2017
– Kerajaan negeri memaklumkan DUN bahawa sudah membayar RM208 juta kepada syarikat perunding melalui pertukaran tanah, pada 17 Februari 2015, selepas kerja bagi kajian itu siap sepenuhnya pada Mei 2015.

– Kerajaan negeri menukar kenyataannya kepada DUN, dengan menyatakan bahawa projek tiga lebuh raya itu dijangka dibina pada pertengahan 2018.

11 Januari 2018
– Guan Eng pada sidang medianya menyatakan kerajaan negeri tidak membuat pembayaran kepada syarikat perunding, selagi kelulusan bagi laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) belum diterima.

26 Januari 2018
– Guan Eng pada sidang medianya memaklumkan pelaksanaan semua komponen projek mega itu mengalami kelewatan selepas ia disabotaj oleh BN. – MediaUMNO

Tags: DAP Pulau PinangGnanarajaLim Guan Engterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek ECRL Ada Kaitan Dengan 1MDB?

Next Post

“Saya Bagi Tempoh Sampai Malam Ini” – Fizz Fairuz

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

"Saya Bagi Tempoh Sampai Malam Ini" - Fizz Fairuz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd