• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Sah Sertai Perikatan Nasional

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi menganggotai Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen.

Perkara itu disahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada Khamis.

“Gerakan secara rasmi menerima surat keanggotaan PN daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini (Khamis). Jadi, kini Gerakan merupakan parti komponen dalam PN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hasrat Gerakan untuk menyertai PN bukan lagi rahsia sejak parti itu secara terbuka mendedahkannya pada tahun lalu.

Keputusan menyertai PN itu dipersetujui oleh ahli jawatankuasa pusat Gerakan dalam mesyuarat pada Mei tahun lalu.

Sementara itu, mengulas lanjut, Dominic berkata, Gerakan sebagai sebuah parti yang bukan berasaskan perkauman akan terus memainkan peranan memfokuskan prinsip demokrasi di Malaysia.

“Oleh itu kita akan memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan sosioekonomi diberi tumpuan,” katanya.

Ditanya adakah terdapat sebarang perjanjian mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, beliau berkata, belum ada sebarang perbincangan dibuat mengenai perkara tersebut.

“Gerakan kini mahu memberi fokus dalam membantu PN dalam pandemik Covid-19,” katanya.

Dominic juga tidak menolak kemungkinan penyertaan Gerakan untuk mengambil bahagian dalam PRU akan datang sambil menyifatkan tidak wujud isu kerusi milik parti tertentu dalam era baharu politik itu.

“Sebelum itu (pembahagian kerusi) kita akan memastikan jentera kita bersiap sedia. Apabila sudah masuk normal baharu, maksudnya tiada kerusi Gerakan atau kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), penting adalah memastikan kemenangan PN diutamakan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Dominic berkata, Gerakan percaya pentingnya perpaduan dalam politik dan beliau yakin gabungan baharu itu akan mengutamakan perpaduan dan persefahaman.

Katanya, menerusi beberapa siri perbincangan beliau dengan pemimpin Bersatu dan Pas, apa yang nyata adalah agenda politik mereka berteraskan kebajikan rakyat.

“Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pusat, Badan Perhubungan Negeri dan Bahagian Gerakan untuk menyalurkan segala bentuk kepakaran, gerak keahlian, berjumpa dengan orang ramai dan membantu menyampaikan agenda PN yang berpaksikan ‘demi rakyat’ kepada semua,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Gerakanperikatan nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terbaiklah Abang Polis!

Next Post

Segerakan Umum Perkembangan Kes Adib – Pemuda UMNO

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

Perikatan Nasional Parti Paling Kaya?

18/11/2022
0

Sukar untuk menafikan Perikatan Nasional (PN) tampak seolah-olah begitu banyak dana untuk berdepan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ikuti...

Next Post

Segerakan Umum Perkembangan Kes Adib - Pemuda UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd