• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelaran ‘Profesor Kangkung’ Tanda PH Kecewa, Gagal

oleh
24/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas tindakan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah yang memberi gelaran ‘Profesor Kangkung’ kepada sekumpulan ahli Akademik ekoran pandangan tidak selari dengan kerajaan dalam isu Rome Statute yang dianggap sangat menghina dan tidak wajar.

Katanya, dalam keghairahan Menteri Luar memberi penerangan mengenai kegagalan kerajaan mendapat ‘sokongan’ ramai dalam isu Rome Statute maka ianya tidak wajar sampai ke tahap rendah akhlak seperti ini.

“Sebagai seorang yang sangat dikenali sebagai aktivis ‘civil society’ dan kebebasan bersuara, Menteri Luar sudah menyanggah prinsip dirinya sendiri. Kegagalan menghormati pandangan orang lain ini seperti ini cukup mengecewakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, terimalah hakikat, Menteri Luar Negeri sendiri, pada hakikatnya, telah gagal sama sekali membentuk ‘public opinion’ yang positif dalam isu Rome Statute dan ICERD.

“Ini kegagalan yang bukan kecil malah memalukan seluruh pimpinan kerajaan dan anggota kabinet.

“Oleh yang demikian, kerja propaganda media yang sedang giat dilaksanakan ketika ini, hanyalah ikhtiar ‘menjaga air muka’ Menteri yang kecewa dan gagal.”

Terang beliau, hanya sebuah daripada 10 anggota ASEAN yang meratifikasi Rome Statute sedangkan lebih separuh daripada negara anggota (yang mempunyai kuasa veto di dalam UNSC) mengambil pendirian sama dengan banyak negara di dunia yang masih tidak menganggotai ICC.

“Apakah semua negara yang enggan menandatangani Rome Statute dan meratifikasinya bersifat ‘kangkung’ dan lemah?

“Saya mengesyorkan Menteri Luar tidak mengambil sikap ‘syok sendiri’ dan ego di dalam isu ini. Jangan ujub dengan kedudukan. Akui kelemahan. Kita harap tiada niat menghina Majlis Raja-Raja di dalam siri penerangan Rome Statute ini. Keputusan telahpun dibuat. Sila hormat pendirian para Duli Tuanku dan hentikan sesi penerangan yang bersifat “self-centric” ini,” tegas beliau lagi.

Dilaporkan, semalam Saifuddin dipetik berkata kerajaan masih belum mengalah dalam usaha meratifikasi Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) meskipun terdapat pihak yang cuba memanipulasi perjanjian tersebut termasuk ‘profesor kangkung’. – MediaUMNO

Tags: ICCICERDpakatan harapanReezal MericanStatut Rom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terima Kontrak Bernilai RM2.5 Juta Dari Habibul

Next Post

3 Lagi Penguat Kuasa JPJ Direman Kes Lori Kebal

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

[TIDAK RASMI] Reezal Merican Masih Dahului Kerusi Kepala Batas

19/11/2022
0

KEPALA BATAS : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), masih lagi mendahului untuk kerusi Parlimen Kepala Batas. Ikuti...

Next Post

3 Lagi Penguat Kuasa JPJ Direman Kes Lori Kebal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd