Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan...

MELAKA - Seorang pegawai kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar 'Datuk' yang ditahan...

Datuk Seri Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri mengaku tidak bersalah di...

Lelaki Dikelar, Rantai Emas...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan cedera di bahagian leher dan bahu...

Ebola Mengorbankan 56 Dalam...

GENEVA - Virus Ebola mengakibatkan 56 orang terkorban dalam tempoh dua hari sahaja,...

Ganjaran RM10,000 Untuk Esei Bukti Kit Siang Rasis

WANG tunai berjumlah RM10,000 bakal menanti orang ramai yang berjaya memenangi pertandingan menulis artikel terbaik mendedahkan fakta berkenaan Lim Kit Siang seorang yang rasis, anti Islam dan diktator politik.

Tawaran ini diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, rentetan daripada perang mulut di antara Penasihat DAP itu dengan beliau, berhubung dakwaan Kit Siang yang menggelarnya sebagai  ‘bapa segala rasis’.

Jelasnya, orang ramai boleh melakukannya dalam pelbagai bentuk termasuk menerusi laman sosial Instagram (IG) mahupun penulisan di blog yang bertajuk: “Yang Berhormat Lim Kit Siang rasis, anti Islam dan diktator selama 51 tahun, adakah benar?”

Annuar berkata, pertandingan yang terbuka kepada orang ramai dan perlu dihantar sebelum 30 Mei itu akan membantu beliau untuk mendapatkan fakta lanjut berhubung dakwaannya terhadap Kit Siang.

“Mungkin orang boleh buat kajian dalam ucapannya di Parlimen, bahan-bahan boleh terdapat merata-rata.

“Hadiah RM10,000 kepada sesiapa yang membuat fakta yang betul, ada kaitan dengan Lim Kit Siang seorang rasis, anti Islam dan diktator politik selama 51 tahun, dalam bentuk IG, penulisan blog dan artikel dan hantar ke pejabat saya, pejabat Ketua Penerangan UMNO.

“Saya amat serius. Ia akan bantu saya. Jika saya buat akan mengambil lebih banyak masa. Saya mahu orang ramai bantu saya untuk buat kajian,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Dakwaan Kit Siang itu berikutan kenyataan Annuar pada Ahad mendakwa Ahli Parlimen Gelang Patah sebagai rasis, anti-Islam dan diktator politik berdasarkan tindak-tanduknya selama ini.

Ditanya adakah tindakan undang-undang diambil terhadap Kit Siang, Annuar berkata, sebagai ahli politik, tindakan yang terbaik adalah membuat keputusan berasaskan politik.


“Jika tidak, saya kena ambil beberapa peguam, turun naik mahkamah setiap masa.

“Soal beliau nak mencabar balik, saya fikir itu saja tindakannya yang berapi-api di Parlimen, biarlah,” katanya.

Terdahulu, Kit Siang dilaporkan berkata, Annuar sangat terdesak, sangat tertekan sehingga rela bercakap apa sahaja yang tidak berasas.

“Oleh itu, sangat jelas dia adalah ‘father of all racist’. Apa yang dia buat sangat `disgrace’ kepada Islam, penghinaan yang besar kepada Islam. Kalau dia berani, boleh saman saya,” ujar Kit Siang.

Annuar sebelum ini mencabar Kit Siang untuk mengemukakan saman terhadapnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori