• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Kenakan Caj ‘Bercakap’ Kepada Bekas Kekasih

oleh
03/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis mengenakan bayaran £100 (RM536) kepada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya.

Toni Osborne, 19, baru-baru ini berkongsi dua paparan skrin mengenai kisah itu di Twitter.

Salah satu daripadanya menunjukkan dia menuntut bayaran £100 daripada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya dan satu lagi menunjukkan lelaki itu benar-benar membuat bayaran tersebut.

Osborne berkata lelaki itu telah menipunya dan hubungan mereka telah putus lebih tiga tahun lalu, jadi dia menganggap wang itu sebagai ‘pampasan’.

Segalanya bermula apabila bekas kekasihnya itu menghubungi Osborne untuk bercakap dan menyatakan kesediaannya untuk melakukan apa sahaja.

Osborne menjawab: “Beri saya £100, kemudian kita bercakap.”

Segera dia membalas permintaan itu dengan menyatakan ia tidak menjadi masalah buat dirinya dan wang itu kemudian diberikan kepada Osborne.

Tidak pasti apa yang berlaku selepas itu, tetapi tweet itu tular, dengan mendapat lebih dari 3,000 ‘retweet’ dan 32,000 tanda suka.

Ia juga menerima banyak komen daripada gadis-gadis yang menjadikan tweet itu sebagai inspirasi.

“Secara jujur, kami suka cara Toni. Kami fikir dia patut caj setiap mesej, bukan perbualan. Bukan semua orang mampu berurusan macam tu dengan bekas kekasih,” menurut satu komen. – MetroUK

Tags: bekas kekasih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Bunuh Diri Selepas Main Permainan Video

Next Post

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

Related Posts

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti – Polis

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti – Polis

12/08/2024
0

ALOR GAJAH - Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman...

Suspek Tikam Bekas Kekasih Serah Diri

Suspek Tikam Bekas Kekasih Serah Diri

30/07/2022
0

MELAKA: Suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menikam bekas kekasihnya di Jalan Tun Sri Lanang di sini, petang semalam menyerah...

Next Post

AJL33: Hael, Ezra Kong Rangkul Anugerah Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd