• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Dalam Kelas, Latihan Berterusan Rahsia Damia

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Fokus dalam kelas dan membuat latihan berterusan antara rahsia kejayaan Damia Alexandria Zakri, 12, meraih keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu itu mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran, Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan), Bahasa Inggeris (Pemahaman), Bahasa Inggeris (Penulisan), Matematik, Sains, Bahasa Mandarin (Kefahaman) dan Bahasa Mandarin (Penulisan).

Damia berkata dia tidak menyangka memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Mandarin (Pemahaman) kerana keputusan percubaan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan.

“Bagaimanapun saya tidak berputus asa dan terus tingkatkan usaha dengan memperbanyakkan bacaan, latih tubi dan tidak pernah ponteng kelas tambahan yang diadakan guru pada hujung minggu.

“Saya amat bertuah kerana biarpun dikelilingi rakan berlainan bangsa, mereka tidak pernah lokek menghulurkan bantuan. Selain itu dorongan kuat daripada guru bahasa Mandarin, Puan Chong Chiew Sham amat saya hargai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu ibu Damia, Hanoryati Hassan, 37, berkata dia amat bersyukur dan berbangga kerana anaknya memperoleh kejayaan sekali gus menjadi model cemerlang kepada tiga adiknya yang lain.

Beliau berkata suaminya Zakri Hashim, 46, mula menghantar Damia ke tadika Cina pada usia lima tahun bagi membolehkan dia menguasai bahasa Mandarin.

“Damia memang meminati pelajaran bahasa termasuk Inggeris yang menjadi subjek kegemarannya. Selepas ini saya merancang menghantar dia ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Berang untuk melanjutkan pelajaran.

“Sejak dulu dia bercita-cita untuk menjadi penterjemah dan dia ada suarakan hasrat untuk mempelajari bahasa Korea selepas ini,” katanya.

Di Kuala Terengganu, 4,027 calon menduduki peperiksaan UPSR di 53 sekolah, dan daripada jumlah itu, 114 orang mendapat semua A berbanding 149 pada 2017.

Seramai 20,220 calon menduduki ujian berkenaan di seluruh negeri tahun ini. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Beberapa Jalan Sekitar Stadium Bukit Jalil Ditutup

Next Post

Cuepacs Syor Mekanisma Lindungi Anggota Penyelamat

Related Posts

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

Murid Tahun 6 Hilang Minat Belajar, Upah Kawan Siapkan Tugasan

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Segelintir murid tahun enam dikatakan semakin hilang minat untuk belajar sejak peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...

Next Post

Cuepacs Syor Mekanisma Lindungi Anggota Penyelamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd