• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Food Flotilla For Myanmar’, Bukan Sekadar Bantuan

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kapal ‘Nautical Aliya’ untuk misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ berlepas semalam dan dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 8 Februari ini.

Misi itu disertai hampir 200 sukarelawan dan membawa 2,300 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk etnik Rohingya di Myanmar yang dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.

Ia bukan sekadar misi bantuan kemanusiaan, tetapi membawa mesej bahawa kezaliman terhadap etnik itu perlu dihentikan.

Ikuti temu bual wartawan BERNAMA, Anis Nabilla Md Wazilah bersama Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid, yang turut serta dalam misi berkenaan.

BERNAMA : Apa misi ‘Food Flotilla For Myanmar’ ini sebenarnya?

MOHD AZMI : Misi ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada seramai mungkin masyarakat yang ditindas dan ia sebenarnya memberi mesej kepada dunia bahawa kezaliman terhadap etnik Rohingya di Myanmar itu, perlu dihentikan.

BERNAMA : Selain  bantuan makanan, apakah yang akan dilaksanakan sukarelawan misi ini?

MOHD AZMI : Kami turut merancang untuk memberi bantuan perubatan kepada 5,000 orang. Melalui bantuan makanan yang dibawa, kita jangka dapat membantu kira-kira 20,000 hingga 30,000 pelarian.

Kita harapkan kerajaan Myanmar dan Bangladesh memberi kebenaran untuk menyampaikan bantuan berkenaan.

BERNAMA : Apakah cabaran awal untuk misi ini?

MOHD AZMI: Kami mengambil hampir tiga bulan dalam menguruskan delegasi untuk misi ini, antaranya cabaran untuk mendapatkan kapal dan urusan bagi mendapatkan  keizinan Myanmar.

Banyak perbincangan telah dibuat, dan cabaran seterusnya adalah dana, kami telah lewatkan misi ini kerana tidak cukup dana dan rasa sangat bersalah, tetapi Alhamdulillah, akhirnya misi ini dapat dilaksanakan.

Kami juga sudah bersiap sedia dari pelbagai sudut, antaranya bahagian teknikal kapal dan apa yang kita bimbangkan adalah perubahan dari segi cuaca yang sentiasa berubah sepanjang perjalanan misi ini.

BERNAMA : Apakah harapan untuk misi ini?

MOHD AZMI : Sudah tentu harapan kami bukan sahaja kita dapat menyampaikan bantuan ini kepada mangsa tetapi apa yang dapat dilaksanakan lagi untuk membantu etnik berkenaan selepas ini.

Misi Flotilla ini hanya sebahagian, ada lagi yang kita perlu buat sehingga etnik itu terbela dan tidak lagi dibunuh serta diusir, itu matlamat kita. – BERNAMA

Tags: 'Food Flotilla For Myanmar'bantuanRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Pantau Pelajar Sekolah Terbabit Dadah

Next Post

Muhyiddin Akui Kejayaan Kerajaan BN Kemudi Negara

Related Posts

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

Bantuan Untuk Insiden Kebakaran Di Putra Heights Perlu Diselaraskan Dengan MB Selangor, Petronas

04/04/2025
1

Kuala Lumpur: Semua bantuan dan usaha koordinasi yang berkaitan insiden kebakaran di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor perlu diselaraskan supaya...

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

Negara ASEAN Akan Hantar Lebih Banyak Bantuan Ke Myanmar Susulan Gempa Bumi Dahsyat

01/04/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih banyak bantuan dan sokongan dari negara anggota ASEAN dijangka tiba di Myanmar pada Selasa bagi membantu operasi menyelamat...

Next Post

Muhyiddin Akui Kejayaan Kerajaan BN Kemudi Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd