• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filipina Tunda Banyak Acara Elak Taufan Kammuri

oleh
03/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CLARK – Bimbang dengan ancaman Taufan Kammuri yang dijangka melanda Filipina, hari ini menyebabkan tuan rumah Sukan SEA 2019 itu terpaksa menunda beberapa acara sukan.

Antara sukan terbabit adalah petanque, pelayaran, papan selaju dan surfing yang dikeluarkan daripada jadual pertandingan hari ini.

Pengesahan itu dibuat Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA 2019 Filipina (PHISGOC) pagi ini menerusi satu kenyataan rasmi.

Malah, sebagai langkah berjaga-jaga, semua jadual penerbangan ke Filipina turut ditangguhkan atas faktor keselamatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Manila turut ditutup.

Ini bermakna tiada penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila atau sebaliknya sehingga notis perjalanan dikeluarkan kelak sekali gus menjejaskan perjalanan beberapa sukan membabitkan kontinjen Malaysia.

Antara sukan yang masih ‘terkandas’ di Kuala Lumpur dan terbabit dengan penangguhan jadual penerbangan adalah skuad olahraga, gimrama, terjun, skuasy dan sukan elektronik negara.

Kammuri dijangka tiba pagi ini di timur Filipina dengan membawa hujan lebat dan angin kencang mencecah 170 kilometer sejam, kata jabatan kaji cuaca.

Ribut itu berada dalam laluan untuk menghampiri Manila, yang mempunyai 13 juta penduduk dan tempat banyak acara pertandingan Sukan SEA sedang berlangsung.

Hampir 70,000 penduduk sudah berpindah di Daerah Bicol, yang dijangka lokasi utama laluan ribut itu. – BH Online

Tags: FilipinaSukan SEA Ke-30Taufan Kammuri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ronnie Pertahan Sertai Perjumpaan Bekas Ahli PKM

Next Post

Apa Jua Perjumpaan Libatkan PKM Adalah Haram

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Apa Jua Perjumpaan Libatkan PKM Adalah Haram

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd