• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Fattzura Ikut Prosedur, Tiada Layanan Istimewa”

oleh
28/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU dah jodoh, takkan ke mana. Akhirnya, pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin telah menamatkan zaman bujangnya di usia 27 tahun.

Dengan sekali lafaz, pelakon ini selamat diijabkabulkan dengan aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin  pada jam 9.50 malam di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, semalam.

BACA : Tahniah! Fattah, Fazura Sudah Sah Nikah

Walaupun sudah bernikah, namun pasangan selebriti ini dilihat masih lagi dihimpit dengan pelbagai persoalan termasuklah berhubung prosedur pernikahan mereka.

Susulan itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) telah tampil dan mengesahkan bahawa pasangan ini bernikah mengikut peraturan yang betul dan ditetapkan.

Memetik sumber, jurucakap pejabat agama tersebut yang tidak didedahkan identitinya memaklumkan Fattah dan Fazura melalui prosedur perkahwinan yang sama seperti pasangan lain.

“Ya, mereka bernikah malam tadi (Isnin) dan dinikahkan oleh jurunikah daripada pihak Jawi. Kami menerima permohonan dan dokumen yang lengkap daripada pasangan tersebut.

“Fattah juga menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan itu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPIMM) secara dalam talian,” katanya memetik mStar Online.

Tambahnya lagi, tiada sebarang layanan istimewa ataupun jalan mudah yang diberikan kepada pasangan selebriti popular ini berhubung prosedur pernikahan mereka.

“Kami tidak memberi sebarang keistimewaan kepada mereka dan mereka melalui semua proses itu seperti orang lain,” tambahnya yang enggan mendedahkan nama jurunikah terlibat.

Pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini telah selamat disatukan dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Menurut beberapa sumber, difahamkan majlis resepsi perkahwinan pasangan ini dijadualkan bakal berlangsung sekitar tahun hadapan.

Apapun, sekalung tahniah kami ucapkan buat pasangan ini. Semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Insya-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fattah AminfattzurafazuraNur Fazura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd