• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”

oleh AK-47
12/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU demi satu cerita di sebalik misteri insiden penahanan aktor Datuk Farid Kamil pada Khamis mula dibongkarkan.

Mynewshub turut telah menerima satu gambar yang menunjukkan salinan laporan polis oleh orang awam yang mendakwa dirinya ditendang oleh pelakon tersebut.

Baca: Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Lagi: Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

Juga: Peminat, Adik Akui Tertekan Farid Kamil Dicekup Polis

Dalam laporan tersebut, pengadu yang bernama Ashraf bin Ahmad itu telah mendedahkan bahawa dia terserempak dengan Farid yang dalam keadaan tidak berbaju semasa sedang memandu di Tropicana, Petaling Jaya.

“Saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hari hujan tengah meminta tolong kereta yang sedang lalu lalang. Saya telah berhenti dan mendapati lelaki tersebut adalah Farid Kamil (pelakon).

“Dia meminta bantuan saya bawa dia ke balai polis kerana dia telah accident. Dalam perjalanan ke balai polis trafik, Farid Kamil berkata dia kesejukan. 

“Saya telah membawa Farid Kamil ke Restoren Bonda dan meminjam baju milik pemilik Restoren Bonda yang juga merupakan kawan saya.

“Saya dapati Farid Kamil telah berkelakuan aneh dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang stereng kereta.

“Seterusnya saya telah membawa Farid Kamil ke balai polis trafik Kota Damansara untuk membuat laporan polis. Tiba di balai, Farid Kamil masih berkelakuan aneh.

“Tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di hadapan polis trafik. Belum sempat saya berbuat apa-apa Farid Kamil lempang seorang anggota polis trafik yang sedang cuba bantu.

“Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat di bahagian perut. Saya juga telah ditendang di bahagian kemaluan dengan disaksikan oleh anggota-anggota polis yang lain.”

Lagi: 300 Artis Terpaksa Pinjam Ah Long Akibat Tiada Kerja

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon tersebut kini ditahan bagi siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Ini kerana suspek berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fadzil Teh Cari Gadis Sopan Ganti Watak Mira-Fathia

Next Post

Khairy Sah Akan Jumpa PSM Minggu Depan

Related Posts

Ujian Saringan Awal Air Kencing Farid Kamil Positif Ganja

18/12/2018
0

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu bahawa keputusan ujian awal saringan urin pelakon dan pengarah Datuk...

Farid Kamil Farid Gagal Gugur 5 Pertuduhan Jenayah

16/10/2018
0

PETALING JAYA - Jabatan Peguam Negara menolak representasi pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima pertuduhan jenayah...

Next Post

Khairy Sah Akan Jumpa PSM Minggu Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd