• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fara Tidak Kisah Dikutuk Seksi Sambut Tahun Baru

oleh
01/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTRES tanah air, Fara Mendoza yang dikecam netizen kerana berpakaian seksi pada sambutan malam tahun baharu 2018 malam tadi memberitahu dia akan terus menjadi dirinya yang sebenar.

Malah ujarnya, sudah sampai masa mereka di luar sana tahu yang dia sedikitpun tidak terusik dengan kata-kata kesat dilemparkan ramai pengikutnya menerusi laman sosial dan meminta mereka berhenti menghakimi dirinya.

“Ini adalah diri saya yang sebenar, memang saya berpakaian seksi tetapi saya tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit. Saya boleh terima komen mereka yang cuba memberi nasihat dengan cara yang betul.

“Tetapi yang hanya meninggalkan kata-kata kecaman, saya harap mereka berhenti sahaja. Soal pakaian ini antara saya dengan tuhan, tidak perlu mereka menghakimi saya,” katanya ketika dihubungi sebuah portal tempatan.

Kata Fara atau nama penuhnya Norfaralinah Md Yunus, setakat ini dia turut menerima banyak pesanan mesej oleh pengguna laman sosial yang mengecam cara pemakaianya.

“Saya tidak akan memadamkan kata-kata kecaman mereka atau block (sekat). Saya biarkan sahaja, jika mereka tidak suka, pilihan di tangan sendiri untuk tidak mengikuti saya.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak akan berubah hanya kerana mereka,” kata pelakon berusia 27 tahun itu yang ketika ini masih berada di Pulau Langkawi, Kedah.

Sementara itu ditanya mengenai hubungan baiknya dengan Janna Nick yang sedikit renggang kini. Kata Fara dia dan Janna masih berkawan baik dan tidak pernah bergaduh.

“Netizen yang mengatakan kami konon bergaduh tetapi sebenarnya kami masih lagi baik seperti biasa malah sering bertemu,” kata Fara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fara MendozaJanna Nick
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shahrol Shiro Menyamar ‘Pak Guard’ Sambut Murid Tahun 1

Next Post

Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Dek Kemarau 4 Tahun

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

Next Post

Menteri Tani Israel Doa Minta Hujan Dek Kemarau 4 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd