• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faizal Dedah Punca Gagal Tapis Soalan ‘Panas’

oleh
29/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAMPAI radio popular, Faizal Ismail mendedahkan bahawa faktor teknikal adalah punca utama pemanggil bernama Azrul terlepas komen lucah dan biadab kepada tokoh PKR, Nurul Izzah Anwar.

Faizal berkata, kegagalan dirinya mendengar dengan jelas terhadap apa yang disampaikan oleh pemanggil itu menyebabkan gagal memberi reaksi bagi menamatkan panggilan berkenaan.

“Faktor teknikal menyebabkan saya tidak dengar butiran pemanggil itu. Saya cuba matikan panggilan selepas dia buat teguran namun dalam keadaan panik itu, dia sempat beri kata-kata tidak sepatutnya.

“Apabila saya mendengar semula playback, baru saya perasan kata-kata tersebut sangat tidak wajar,” kata Faizal dipetik mStar Online, hari ini.

Penyampai radio popular, Faizal Ismail.

Dalam pada itu, Faizal turut memohon maaf kepada pemimpin muda Pakatan Harapan itu sejurus menyedari perkara tersebut.

“Saya lihat riak wajah Nurul Izzah juga berubah dan saya minta maaf dengan dia kerana tidak dapat mengawal situasi yang berlaku itu.

“Tujuan kami sebenar hanya untuk beri peluang kepada orang ramai yang mengundi bercakap dan bertanyakan soalan terus kepada beliau. Tindakan Azrul itu memang dengan tujuan yang tidak baik dan ada agenda tertentu,” katanya.

Ujar Faizal lagi, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.

Selain itu, anak jati kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu juga berjanji untuk memastikan langkah berjaga-jaga diambil pada temuramah akan datang terutama melibatkan ahli politik.

“Ini satu pengajaran kepada pihak kami di FBI live dan saya juga mengharapkan agar isu ini tidak berlarutan kerana hanya seorang pemanggil yang mungkin ada agenda tertentu.

“Majoriti yang menonton live pada masa itu masih lagi mereka yang menghargai kehadiran YB sebagai tetamu yang beraksi sebagai manusia biasa di konti rumah kami,” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Azrul telah menegur mengenai cara pemakaian Nurul Izzah ketika menjadi tetamu FBI Live yang dikendalikan Faizal dan pengacara, Fara Fauzana pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemanggil berkenaan menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen susulan teguran tersebut dianggap biadab kerana mengeluarkan perkataan kurang manis dan mengaibkan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Faizal IsmailNurul IzzahNurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nama Anak Panda Ikut Cadangan Orang Ramai

Next Post

Saham Jatuh 13 Hari: LGE Ditempelak A. Kadir Jasin!

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

Nurul Izzah Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Anwar

12/02/2023
0

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan...

Next Post

Saham Jatuh 13 Hari: LGE Ditempelak A. Kadir Jasin!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd