• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elizabeth Tan Nafi Pula Konon Mahu Bunuh Diri

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM media tempatan kecoh melaporkan penyanyi Elizabeth Tan pernah mengalami kemurungan sehingga hampir membunuh diri.

Namun hari ini, penyanyi Knock Knock itu telah menafikan pula dirinya terlalu tekan akibat putus cinta hingga terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Akui Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu, sejak beberapa tahun lalu dia berdepan dengan beberapa isu yang membawa kepada masalah tekanan perasaan yang memaksanya untuk berehat seketika.

Hello you alls. Lizzy nk buat pembetulan sikit yer, sbb baru dpt tahu ada beberapa headlines keluar harini mengatakan lizzy kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri hahahaha headline tu x betul, so harap semua jgn salah faham tau 😅😅😅 . . Memang betul lizzy ada mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ni, which is why I took a short break early this year tapi bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta. I have been going through some things over the past 3 years yg Lizzy dah lama pendam dan isu cinta tu hanya jadi pencetus utk semuanya. . . But dont worry, Im a lot better now. 😊 Time really does heal. Yg paling penting, is that Lizzy seriously belajar bnyk sngt dari semua pengalaman pahit dan juga manis heheh thank you all so much for all the support! 😗😗😗

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on Aug 8, 2017 at 10:25pm PDT

“Saya baru mendapat tahu ada beberapa tajuk (berita) mengatakan saya kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri. Tajuk itu tidak betul, jadi saya harap semua jangan salah faham.

“Memang betul saya mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ini, sebab itulah saya berehat seketika awal tahun ini. Namun ia bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta.

“Saya berdepan beberapa masalah sejak tiga tahun lalu, yang sudah lama dipendam dan isu cinta itu hanya menjadi pencetus kepada semuanya.

“Saya semakin baik sekarang. Masa memang merawat kedukaan. Paling penting, saya banyak belajar daripada semua pengalaman pahit,” tulis penyanyi itu di Instagramnya, semalam.

Kata Lizzy, 23, kepada BH Online, dia bersyukur apabila dirinya cepat tersedar dan segera mendapatkan bantuan daripada keluarga dan sahabat.

“Saya cuba bangkit meneruskan kehidupan. Kejadian yang saya lalui turut membuatkan diri ini lebih matang.

“Pernah satu ketika, saya duduk berjam-jam mengimbas kesilapan dan kelemahan diri, termasuk situasi kemurungan dialami. Saya hampir membuat tindakan bodoh membabitkan nyawa sendiri.

“Berpisah dengan teman lelaki juga menjadi sebahagian alasan mengapa saya jadi begitu. Saya percaya, kalau tidak ditangani secara bijak, kemurungan akan membawa kesan lain.

“Masalah itu sesuatu serius dan tidak boleh dipandang ringan. Ia perlu dikongsi dan tindakan saya tidak terus memendam hal kemurungan ini mampu menyelamatkan diri daripada terus bertindak bodoh,” katanya.

Sementara itu, Lizzy meletakkan penghargaan kepada ibunya kerana tetap memberi sokongan kepadanya tatkala dia sedang kesedihan.

“Saya terharu dengan apa yang dilakukan ibu. Dia banyak memberi dorongan dan kata semangat. Malah, ibu sanggup mengambil cuti untuk menjaga saya ketika saya bergelut dengan diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy kini tampil dengan single terbaru ciptaan sendiri berjudul Darling yang turut menjadi runut bunyi drama bersiri 20 episod terbitan Skop Productions Sdn Bhd, My Darling Inspektor Daniel.

Ia turut dibintangi bersama pelakon popular tanah air, Aaron Aziz, Erra Fazira dan Siti Elizad. –MYNEWSHUB.CC

Tags: elizabeth tan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elizabeth Tan Dikecam Peminat Taylor Swift

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Elizabeth Tan diserang peminat Taylor Swift dalam laman sosial selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa...

Lizzy Bantu Promosi Muka Baharu Skuad Badminton

22/03/2019
0

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik artis Elizabeth Tan selaku duta untuk mempromosi skuad badminton negara yang menampilkan muka baharu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd