• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Chini: Belum Boleh Laksana Penamaan Calon ‘Online’

oleh
11/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses penamaan calon dan tatacara pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian seperti dicadangkan segelintir pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, berkata hal itu kerana proses berkenaan harus mengikut kerangka perundangan sedia ada, memandangkan syor pindaan berkaitan masih dalam perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).

Bagaimanapun, katanya, beberapa prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan mengenai pengendalian proses terbabit sedang dimuktamadkan menerusi perbincangan antara SPR, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

“Mengikut kerangka perundangan sekarang, kaedah atau proses penamaan calon tidak dapat dijalankan secara dalam talian, sebaliknya harus dikendalikan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya dan ERC memang dalam perbincangan untuk meminda beberapa perkara, termasuk penukaran kaedah kepada secara dalam talian, tetapi ia akan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan.

“Pindaan sedemikian memerlukan proses libat urus dengan pelbagai pihak seperti Ahli Parlimen dan Jabatan Peguam Negara, justeru kita tiada pilihan selain daripada mengendalikan ia (proses penamaan dan pengundian) mengikut kaedah sedia ada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

DUN Chini kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Allahyarham selaku wakil Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuat kuasa pada hari penamaan calon, Azhar Azizan berkata, beberapa penyesuaian mungkin dapat dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Sebenarnya, kalau mengikut perundangan, borang penamaan calon itu tidak semestinya dihantar oleh calon, sebaliknya boleh diserahkan penyokong atau pencadang.

“Memang tiada kewajipan untuk calon hadir ke pusat penamaan calon, jadi kita boleh hadkan bilangan yang hadir ke pusat penamaan, manakala tiada perarakan membabitkan penyokong seperti kelaziman.

“Apa pun, semua aspek ini termasuk tatacara berkempen akan diputuskan secara bersama antara MKN, KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya PKPB masih berkuat kuasa menjelang hari penamaan calon kelak, namun sekarang pun kita tiada tarikh lagi.

“SPR hanya sebagai badan pelaksana, justeru kita tunggu sedikit masa lagi apabila menghampiri tarikh sebenar, kita akan umumkan butiran selanjutnya,” katanya. – BH Online

Tags: DUN Chinipenamaan calonSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tak Berbangga Berada Dalam Kerajaan PN

Next Post

Lebih 1.4 Juta Pesakit Covid-19 Sembuh Di Seluruh Dunia

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Lebih 1.4 Juta Pesakit Covid-19 Sembuh Di Seluruh Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd