• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah

oleh
12/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Jika anda makan angin ke Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak lama lagi, anda akan ada satu lagi tempat menarik untuk menghabiskan cuti anda di sana.

Dubai Parks and Resorts mengumumkan bahawa taman tema terbesar bagi rantau Timur Tengah akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 31 Oktober ini. Demikian menurut laporan Emirates News Agency.

Destinasi unik tersebut malahan akan terdiri daripada tiga taman tema yang berbeza – Bollywood Parks Dubai, MOTIONGATE Dubai serta LEGOLAND Dubai dan LEGOLAND Water Park.

Taman tema itu juga akan termasuk Riverland Dubai, yang menawarkan tempat-tempat bertema menjamu selera, membeli-belah dan hiburan, serta Hotel Lapita, resort keluarga bertemakan Polynesia.

Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah
Bollywood Studios
Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah
Mumbai Chowk
Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah
Studio Central di MOTIONGATE Dubai
Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah
LEGOLAND Dubai
Dubai Bakal Buka Taman Tema Terbesar Timur Tengah
LEGOLAND Water Park

“Keseluruhan ciri-ciri dan harga yang dikenakan di destinasi itu akan diumumkan tidak lama lagi. Ia sudah lama dirancang, dan kami begitu teruja untuk menyambut para tetamu kami kepada destinasi ini yang menawarkan pengalaman menakjubkan.

“Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini, dan kami menantikan untuk menawarkan para pengunjung hampir 100 permainan, daya tarikan dan pengalaman,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Parks and Resorts, Raed Kajoor Al Nuaimi.

“Sebagai destinasi hiburan terbesar di rantau ini, ia akan mewujudkan banyak pekerjaan di Dubai, menyokong visi pelancongan UAE dan mengembangkan industri riadah keluarga di rantau ini,” tambahnya. – Bernama/HAA

Tags: dubaiUAE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd