Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Tunai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Anifah Bertemu Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bertemu rakyat Malaysia, Richard Lau,...

MSN Nafi Tak Beri...

KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini menafikan dakwaan jaguh bina...

Bomba Johor Kenal Pasti...

MERSING – Beberapa kawasan di negeri ini dikenal pasti berisiko dilanda banjir pada...

Dr Noor Hisham ‘Disunting’ Jadi Kenalan Peminat Cilik

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang dinamakan antara doktor terbaik dunia berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19, menerima kejutan manis apabila ‘disunting’ menjadi kenalan oleh seorang peminat cilik.

Hasrat itu diluahkan Lara Khadijah McAfee menerusi surat dipercayai hasil tulisan dan karangan sendiri yang disertakan ‘loom band’ atau gelang getah, sebagai simbolik salam perkenalan.

Berikut adalah kandungan surat oleh kanak-kanak berusia sembilan tahun itu bertarikh 19 Mac lalu:

“Salam Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Nama saya Lara Khadijah McAfee dan saya tinggal di Kuala Terengganu.

“Saya kini belajar di darjah tiga dan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Saya buatkan ‘loom band’ untuk dipakai rakan-rakan saya di pergelangan tangan mereka, tanda sebuah persahabatan.

“Saya buat ‘loom band’ untuk anda sebagai menghargai kerja keras membantu semua rakyat Malaysia, supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sihat sepanjang penularan virus ini.

“Kekal selamat. Rakan anda, Lara.”

Dr Noor Hisham jelas tidak menghampakan harapan kanak-kanak itu apabila membalas surat kenalan baharu berkenaan yang menetap di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.

Mengaku tersentuh dengan penghargaan dizahirkan, beliau berkata, gelang getah berwarna biru dan putih itu kini dipakai cucunya.

“Terima kasih atas surat dan gelang yang diutuskan. Cucu saya sekarang yang memakainya dan dia sangat menyukainya.


“Kata-kata anda terlalu baik, tetapi saya tidak melakukannya secara berseorangan. Saya beruntung kerana mempunyai sebuah pasukan yang hebat untuk membantu negara kita.

“Rakyat Malaysia seperti anda, memainkan peranan yang luar biasa dengan kekal berada di rumah. Teruskan berbuat demikian dan bersama, kita boleh memerangi virus ini,” katanya menerusi surat rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam.

Meredakan kebimbangan kenalan ciliknya, Dr Noor Hisham berkata, situasi yang melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan.

“Dengan izin Tuhan, ini akan berakhir tidak lama lagi,” katanya.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Beliau turut menitipkan pesanan supaya kanak-kanak itu terus belajar dengan tekun dan memperbaiki mutu pencapaian.

“Satu hari, giliran anda pula untuk membantu Malaysia. Buru impian anda dan kerja keras untuk mencapainya,” katanya sambil menggunakan ganti nama diri sebagai ‘rakan baharu anda, Dr Hisham’.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) atas kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19. – BH Online

Kategori