Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib ‘Disabit’ Kesalahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan dengan ketidakadilan melampau apabila...

Trafik Di Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

Tipu Permohonan Bantuan Banjir...

KOTA BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak...

JAS, Jabatan Perikanan Melaka...

MELAKA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka masih menjalankan siasatan berhubung ribuan...

Dr. Mahmud Ahmad: Militan Daesh Paling Dikehendaki

SEKALI pun bukan pengganas yang beroperasi dari kem utama Daesh di Raqqa, Syria – bekas pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad disenaraikan sebagai pengganas paling dikehendaki AS.

Dr. Mahmud dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM, menyertai Khatibah Nusantara, cabang penyokong Daesh di Asia Tenggara yang berpusat di selatan Filipina.

Dr. Mahmud dipercayai mula menyertai militan Abu Sayyaf, antara sel Daesh di Mindanao pada April 2014.

Mahmud sudah berkahwin. Alamat terakhirnya di Batu Caves, Selangor. Dr. Mahmud dilaporkan mengasaskan dan menjalankan Open Tahfiz Centre di Gombak.

Beliau kini berusia 39 tahun dan lahir di Batu Caves, Gombak pada 25 September 1978.

Dr. Mahmud mula terlibat dalam aktiviti militan sejak 1990-an ketika belajar di Islamabad, Pakistan. Dia menerima latihan ketenteraan di kem Al Qaeda di Afghanistan.

Kembali dari Pakistan, Dr. Mahmud menamatkan pengajian Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Ijazah Falsafah dari UM.

Keupayaan Dr. Mahmud melatih pengebom berani mati Malaysia, Ahmad Tarmimi Maliki yang meletupkan 25 askar elit Iraq pada 26 Mei 2014, meletakkan namanya sebagai sangat berpengaruh.

Berbekalkan pengalaman mengajar, Dr. Mahmud dianggap berkeupayaan merekrut pengganas berpendidikan tinggi bagi misi strategik terutama pengeboman bunuh diri.

Di kalangan Daesh, Dr. Mahmud digelar Abu Handzalah.

Nama Dr. Mahmud kembali mencanak setelah menyertai pengganas Deash pimpinan Isnilon Hapilon yang menawan bandar Marawi dan berperang secara terbuka dengan tentera Filipina menjelang Ramadan lalu.

Pada 6 Jun ketika lebih 200 pengganas IS berjaya dibunuh tentera Filipina, Dr. Mahmud disahkan mengambilalih kepimpinan, berikutan kecederaan parah Isnilon. Namun, berita itu tidak disahkan.

Nama Mahmud sekali lagi menjadi tumpuan apabila disahkan mati pada 22 Jun dalam pertempuran di Marawi.

Namun semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan awal yang mengatakan Dr. Mahmud terbunuh di Marawi.

“Kami belum boleh beri pengesahan tapi pihak berkuasa di sana melaporkan bahawa Isnilon Hapilon berjaya melarikan diri dan kami percaya Mahmud bersama dengan dia,” kata Khalid.

Tentera Filipina turut menarik balik sumber laporan awal yang melaporkan pemimpin Maute (kumpulan penyokong IS) pengganas veteran Hapilon sebagai antara yang maut dalam pertempuran di Marawi.


Isnilon, militan veteran IS Filipina turut disenaraikan AS sebagai pengganas paling dikehendaki.

Khalid menafikan laporan terdahulu yang mengatakan Dr. Mahmud telah mati.

“Rakan kami di Filipina memaklumkan bahawa dia masih hidup,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Bukit Aman pada Ahad.

Dr. Mahmud dianggap mastermind disebalik siri penculikan sekitar perairan Sabah dan mengunakan taktik wang tebusan sebagai cara menjana sumber kewangan rangkaian pengganas Daesh di selatan Filipina.

Malah, dari selatan Filipina, Dr. Mahmud aktif merekrut rakyat Malaysia untuk berperang dengan militan Daesh di Syria dan Iraq.

Selain mastermind, Dr. Mahmud dipercayai paling kanan serta dinamakan sebagai bakal penganti Hasnilon.

Jadi Dr. Mahmud dilihat sebagai kesinambungan bagi memimpin Khatibah Nusantara, nama negara wilayah Islam Daesh di Asia Tenggara. Ia merangkumi Selatan Filipina, Borneo, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Selatan Thai.

Dr. Mahmud dipercayai pernah menerima RM2.5 juta dana bantuan Daesh di Iraq bagi mengukuhkan operasi persenjataan, makanan dan operasi serangan pengganas di Selatan Filipina.

Dr. Mahmud juga akrab dengan dua bersaudara ketua pengganas Daesh Maute, Omarkhayyam dan Abdullah. Malah, menyertai kumpulan Maute bersama Isnilon dalam operasi menyerang dan menawan bandar Marawi.

Tentera Filipia pada 7 Jun mengesahkan dua bersaudara Maute antara 250 militan yang berjaya dibunuh di Marawi sepanjang pertempuran Ramadan lalu.

Berikutan maklumat risikan mengenai Dr. Mahmud dan Hapilon yang dikatakan melarikan diri dari Marawi serta masih hidup, kedua-dua nama ini kekal sebagai pengganas paling dikehendaki AS.

Malah, kini menjadi dua buruan paling dikehendaki di Asia Tenggara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori