Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

MA63: Sabah, Sarawak Boleh...

Putrajaya hari ini bersetuju untuk menyerahkan kepada Sabah dan Sarawak untuk menentukan ketetapan...

Indeks Gaji Nasional Ukur...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia akan memulakan kajian untuk membangunkan Indeks Gaji Kebangsaan...

IPD Kuala Muda Lupus...

SUNGAI PETANI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hari ini, melupuskan...

Kerajaan Sabah Pandang Serius...

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mengambil perhatian serius kes tangkapan pemalsuan pengisytiharan cukai...

Dondang Sayang Terima Pengiktirafan UNESCO

KUALA LUMPUR – Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).

“Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

“Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kemasukan Dondang Sayang dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 Nov lalu.

Beliau berkata pengiktirafan itu dibuat di bawah ‘Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003’ yang telah diratifikasi oleh Malaysia.


Mohamaddin berkata kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk ‘Mak Yong’ pada 2005.

Dalam pada itu, beliau berkata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab bersara wajib semalam setelah berkhidmat selama 36 tahun.

Tempatnya diganti Pengarah Kanan (Bahagian Promosi Antarabangsa Asia dan Afrika) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.-  BERNAMA

Kategori