Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

KPM Jemput NGO Kongsi...

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) menjemput mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang...

Perubahan Drastik, Datuk Ramli...

SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa...

Abdul Hadi Buat Silap...

KUALA LUMPUR - "Buat pertama kali ada orang mendakwa pelaksanaan pilihan raya pihak...

FIFA Kekal 32 Pasukan...

LAUSANNE – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan hasrat meningkatkan penyertaan 48 pasukan...

Donald Trump Kecewa Keputusan Harley-Davidson

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyelar tindakan syarikat motosikal Harley-Davidson yang mengambil keputusan untuk memindahkan kilang mereka keluar dari negara itu.

Lapor BBC, syarikat motosikal ikonik itu dikatakan berbuat demikian bagi mengelak tarif Kesatuan Eropah (EU) yang baharu sebagai respons terhadap cukai keluli dan aluminium oleh kerajaan AS.

Menerusi satu posting dalam laman sosial Twitternya, Trump menyampaikan rasa terkejut dan kecewanya terhadap keputusan Harley-Davidson itu.

“Terkejut apabila dalam banyak-banyak syarikat, Harley Davidson merupakan syarikat pertama yang mengibarkan bendera putih.

“Saya berjuang keras untuk mereka dan akhirnya mereka tidak akan membayar tarif apabila menjual di EU, yang telah menyakitkan kita dengan perdagangan, turun AS$151 bilion.

“Cukai hanyalah alasan dari Harley. Bersabarlah!” katanya.

Perkara tersebut mengecewakan beliau memandangkan Harley-Davidson yang sinonim dengan AS itu menunjukkan protes mereka terhadap cukai baharu yang dilaksanakan oleh Trump sendiri.

Terdahulu, pihak pengurusan Harley-Davidson mengumumkan bahawa kilang notosikal mereka bagi pasaran Eropah akan dipindahkan keluar dari AS ke sebuah negara lain.

Harley-Davidson yang berpangkalan di Wisconsin berkata, kenaikan kos dari tarif EU adalah satu beban yang besar dan memberi kesan terhadap jualan antarabangsanya yang sedang cuba untuk dikembangkan.

Syarikat terkenal tersebut mempunyai kilang pemasangan di Australia, Brazil, India dan Thailand selain di AS.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Sanders turut memberitahu pemberita pada Isnin bahawa tindakan EU itu menghukum pekerja AS dengan dasar perdagangan tidak adil dan bersifat diskriminatif.


“Presiden Trump akan terus berjuang untuk perdagangan bebas, adil dan timbal balik, dengan harapan bahawa EU akan bergabung dengan kami,” kata Sanders.

Dalam pada itu, Harley-Davidson berkata bahawa syarikat itu akan meningkatkan pelaburan dalam loji antarabangsanya dan kesan terhadap peningkatan pengeluaran itu mengambil masa sembilan hingga 18 bulan.

Jelas syarikat berkenaan, tarif import ditetapkan itu akan meningkatkan secara kasar sebanyak AS$2,200 terhadap setiap motosikal dieksport ke Eropah dari AS memandangkan ia baik daripada enam peratus kepada 31 peratus.

Harley-Davidson, yang menjual sekitar 400,000 unit motosikal di Eropah tahun lalu, berkata bahawa mereka merancang untuk menyerap kos berkenaan daripada membiarkan ia terpaksa ditanggung pelanggan mereka.

Tindakan syarikat berkenaan dilihat merupakan kesan yang paling nyata terhadap pertikaian perdagangan diakibatkan oleh keputusan Trump untuk menafikan tarif import keluli dan aluminium.

Tegas Trump, cukai itu perlu dilaksanakan bagi melindungi industri keluli dan aluminium AS sendiri, yang memainkan peranan penting dalam keselamatan negara.

Keputusan tersebut menyaksikan tentangan daripada EU serta negara-negara seperti Kanada, Mexico, serta India dan dalam masa sama telah meningkatkan kos logam untuk pengeluar di AS.

Syarikat-syarikat AS yang terdiri daripada pembina bot hingga ke pengeluar paku telah memberi amaran mengenai kesan buruk yang bakal tiba akibat daripada ketegangan perdagangan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori