Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagi Cebisan Tulang Ditemukan...

IPOH : Beberapa lagi cebisan tulang dipercayai milik mangsa runtuhan batu di tapak...

Peminat Nabila Huda Bercakaran...

EMPUNYA nama Nabila Huda atau mesra disapa Abil sememangnya cukup sinonim dengan pelbagai...

Isu Kapcai: “Jangan Risau,...

KUALA LUMPUR - Susulan isu cadangan motosikal jenis kapcai dilarang dari memasuki bandaraya...

Tanda Tanya Skim Air...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor masih lagi berdolak dalik apabila menyatakan sedia mengkaji...

Dibenarkan Pulang, Keadaan Siti Sarah Kini Stabil

SEMALAM, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Menurut suami kepada pelantun lagu Kesetiaan itu, Shuib berkata dia telah membawa Sarah ke hospital sekitar jam 1 pagi bagi mendapatkan rawatan.

Jelasnya lagi, keadaan Sarah yang begitu lemah menyebabkan dia berasa risau dan cemas akan keadaan isteri kesayangannya itu.

“Nasib baik rumah dekat, kalau tidak doktor cakap perkara lebih buruk akan berlaku. Ini adalah situasi paling teruk saya hadapi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin.

“Saya takut sangat sebenarnya. Pukul 6 pagi tadi tekanan darah­nya turun mendadak tetapi tidak lama kemudian kembali normal, Alhamdulillah,” katanya memetik sebuah portal online.


Baca: Hari Terakhir Di Sinar, Shuib Teman Sarah Di Hospital

Terbaru, Shuib memaklumkan kesihatan isterinya ketika ini beransur pulih dan Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya.

Dalam pada itu, penyampai radio terkenal ini turut menafikan dakwaan segelintir anggota masyarakat yang beranggapan kononnya Sarah dimasukkan ke hospital berpunca daripada amalan diet yang diamalkan.

“Bukan kerana diet. Siti Sarah pernah juga kena gastrik dan sesak nafas, tetapi kali ini adalah paling teruk setakat ini. Sebab itu saya takut sangat,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori