• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Piala Tun Razak: Penuntut IPTA Hadir Beri Keterangan

oleh
13/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam berikutan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 bulan lalu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Penolong Pengarah (Kanan) Ahmad Zaki Hamzah berkata, pelajar lelaki berusia 25 tahun itu yang berperanan sebagai ketua hakim pada pertandingan debat terbabit ditahan Bahagian Penguatkuasa JHEAINS ketika hadir memberi keterangan pada jam 11 pagi.

“Lelaki itu dipanggil untuk beri keterangan susulan tajuk debat berkenaan yang menyentuh sensitiviti Islam.

“Dia ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, lelaki itu dibebaskan jam 5 petang dengan jaminan penguatkuasa JHEAINS dengan seorang penjamin.

Menurutnya, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan untuk arahan selanjutnya.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak melakukan atau memberi kenyataan yang boleh disifatkan sebagai menghina atau merendahkan agama Islam.

“Apatah lagi perkara yang sudah jelas hukumnya dalam al-Quran. Jangan juga cuba mempromosi atau menyebar perkara yang boleh menyanggah hukum Islam kerana tindakan boleh dikenakan.

“Sebarang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti seperti mufti,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.

Beliau turut meminta supaya pihak berkuasa agama dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji sama ada wujud perlakuan jenayah syariah dan sivil.

Pertandingan debat berkenaan yang diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Seremban pada 11 dan 13 Oktober lalu meminta pelajar berhujah mengenai kecacatan dan kekurangan al-Quran serta memaksa mereka menulis semula al-Quran dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal.

Selain itu, pendebat turut dipaksa berhujah bahawa homoseksual bukan satu dosa dalam Islam dan al-Quran sehingga mencetuskan rasa tidak selesa kepada pihak terlibat. – Sinar Harian

Tags: debat piala tun razakJHEAINSkontroversi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTTE: ADUN Gadek Kemuka Surat Representasi Kepada Tommy

Next Post

Lelaki Dihukum Penjara 584 Tahun, Sebat 146 Kali

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran Hadi Minallah Di Sabah

JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran Hadi Minallah Di Sabah

16/08/2022
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis)...

Next Post

Lelaki Dihukum Penjara 584 Tahun, Sebat 146 Kali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd