• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Darurat Batu Sapi Jalan Terbaik Kekang Penularan COVID-19

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi adalah langkah pencegahan terbaik untuk kerajaan mengekang penularan pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga dengan mengelak Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu diteruskan.

Pakar perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz, berkata sekiranya darurat tidak diisytihar maka PRK Parlimen Batu Sapi mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujud kekosongan luar jangka bagi sesuatu kerusi Parlimen selari Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata kerajaan memerlukan satu undang-undang luar biasa untuk membolehkan peruntukan perlembagaan itu ‘diabaikan’ supaya PRK Batu Sapi dapat ditangguh atau dibatalkan.

“Macam mana kita nak abaikan keperluan di bawah Perkara 54 itu? Hanya darurat sahaja yang membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan itu sendiri mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Yang di-Pertuan Agong telah dipersembahkan dengan data-data COVID-19 yang berkemungkinan boleh merebak dan menjadi bertambah serius (sekiranya PRK Batu Sapi diadakan). 

“Seri Paduka berpuas hati dengan data-data itu dan juga melihat dari segi pengalaman sebelum ini, maka baginda mendengar nasihat kerajaan dan jemaah menteri untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi,” katanya kepada Bernama.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu. 

Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November ini manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember. 

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu akibat jangkitan paru-paru.

Ditanya sama ada pengisytiharan darurat juga boleh dibuat bagi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah kerana PRK di kedua-dua kawasan juga perlu diadakan dalam masa terdekat, Shamrahayu berkata jika keadaan menuntut kerajaan berbuat demikian dan pandemik COVID-19 benar-benar memberi kesan kepada rakyat di kawasan berkenaan, maka kerajaan boleh membuat dua lagi proklamasi darurat.

Bagaimanapun, beliau berkata ia bergantung kepada situasi semasa dan tujuan darurat itu perlu dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Mengulas tempoh darurat, beliau berkata perlembagaan tidak menetapkan tempoh darurat berlangsung namun satu ketetapan akan dibuat oleh Parlimen yang memaklumkan bila ia akan berakhir.

Memandangkan ini adalah kali pertama darurat diisytihar di Malaysia kerana ketenteraman awam yang melibatkan kesihatan awam, Shamrahayu menasihati orang ramai supaya tidak panik dan menjalani kehidupan seperti biasa kerana kerajaan sudah memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera dan kehidupan rakyat juga tidak terjejas.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohammad Fuad Othman pula menyifatkan, pengisytiharan itu sebagai langkah yang diambil bagi membatalkan PRK Batu Sapi untuk mengelak gelombang keempat penularan COVID-19.

“Ada permintaan daripada kerajaan supaya PRK di sana (Batu Sapi) ditangguhkan. Memang (kalau) ikut peruntukan Perlembagaan, tiada cara lain untuk tangguh (PRK) sebab bila ada kematian, memang memerlukan pengganti Ahli Parlimen, sama juga macam Gerik, Perak.

“Kemungkinan sebab jangkitan COVID-19 makin teruk di Sabah. Mungkin atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong memikirkan agak sukar untuk bendung penularan, bimbang ia (COVID-19) terus merebak,” katanya. 

Mohammad Fuad juga berkata sekiranya perlu diadakan PRK atau Pilihan Raya Negeri di mana-mana kawasan, ia boleh diteruskan selagi kawasan itu bukan zon merah COVID-19 dan SPR perlu menyediakan prosedur operasi standard pilihan raya mengikut norma baharu. 

“Kalau lepas ini perlu diteruskan PRK Gerik sekiranya pada waktu itu kawasan tersebut bukan zon merah, maka SOP yang ketat perlu dikuat kuasa seperti kempen rumah ke rumah dan ceramah adalah tidak dibenarkan sebaliknya ia dibuat di media sosial.

“Bagi pengundi dari luar kawasan yang ingin balik mengundi sebaiknya didaftarkan untuk membuat undi pos termasuk mereka yang berada di luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: daruratpandemik COVID-19parlimen batu sapi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Atas Jalan, Jalan Bangsar Ditutup

Next Post

Vaksin: Malaysia Perlu Bayar Pendahuluan RM94.08 Juta

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

KKM Bersedia Jika Kerajaan Isytihar Darurat

16/05/2023
0

KUALA NERUS: Kementerian Kesihatan sudah bersedia sekiranya kerajaan mengisytiharkan darurat jika keadaan gelombang haba semakin membimbangkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Menterinya, Dr...

Next Post

Vaksin: Malaysia Perlu Bayar Pendahuluan RM94.08 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd