Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Soal Kebajikan Negara Lebih...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata soal kebajikan negara lebih penting...

LCS: Rafizi Dakwa Kenalan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa kenalan...

Johor Umum Bantuan Khas...

JOHOR BAHRU : Kerajaan Johor bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak...

Covid-19: 8 Individu PUI...

LAPAN individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti Covid-19 di Sabah...

DAP Tanya Mana Bajet Alternatif PAS?

KUALA LUMPUR – DAP menyindir PAS dengan mengemukakan soalan bila parti yang mendakwa memperjuangkan agama Islam itu mahu mengemukakan bajet alternatifnya.

Pemimpin DAP, Lim Lip Eng berkata, PAS pasti berhadapan dengan banyak persoalan jika gagal mengemukakan bajet alternatif seperti yang dilakukan Pakatan Harapan.

“Pakatan Harapan semalam baru sahaja mengemukakan belanjawan alternatifnya.

“Apa yang menjadi persoalan kini ialah bilakah masanya PAS akan mengemukakan belanjawannya pula?

“Bukanlah kita mahu merendah-rendahkan kemampuan dan sumber PAS untuk merangka belanjawan negara,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Lip Eng seterusnya menyindir PAS dengan bertanya sama ada fungsi parti itu hanya untuk membawa usul RUU355 tanpa mempedulikan langsung tentang hal-hal lain.

“Adakah PAS akan menjadi pembonceng belanjawan esok memandangkan kini ramai pimpinan utama PAS begitu rapat dengan Perdana Menteri?” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori