• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dah Tiba Masanya Putrajaya Biaya Bersih – Ambiga

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan berkata sudah tiba masanya Putrajaya membiayai badan pemantau pilihan raya itu kerana “jenis kerja” yang dilakukannya.

Bagaimanapun, aktivis dan peguam itu berkata, ia mesti dibuat tanpa syarat atau had.

Ambiga berkata kehadiran Bersih adalah kritikal kerana ia perlu memantau keadaan untuk memastikan semua orang berkelakuan secara bertanggungjawab dalam setiap pilihan raya, menyatakan ia menyelesaikan banyak tugas semasa pilihan raya.

Dan dengan pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 2021, beliau berkata Bersih perlu mengerahkan orangnya.

“Jadi, saya ingin melihat kerajaan ini, walaupun dikritik Bersih, berkata mereka akan memberi Bersih bentuk pembiayaan supaya mereka dapat menjalankan tugas penting mereka,” katanya pada majlis makan malam pengumpulan dana Bersih malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Bersih, Thomas Fann dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya.

Bersih dibentuk pada 2006 oleh pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat sivil dan NGO, sebelum dilancarkan semula sebagai gerakan masyarakat sivil pada 2010.

Ia mengadakan 5 perhimpunan dan meminta pembaharuan pilihan raya, termasuk penggunaan dakwat kekal.

Dalam memberi penghormatan kepada Bersih, Ambiga berkata ia berubah menjadi gerakan untuk demokrasi, di mana tumpuannya bukan hanya pilihan raya.

Ia masih mempunyai banyak tugas untuk dilakukan, katanya, seperti menuntut tempoh perkhidmatan perdana menteri kepada 2 penggal.

Beliau juga berkata Global Bersih adalah antara pencapaian terbesar badan pemantau itu kerana ia “membangkitkan rakyat Malaysia di luar negara”.

“Dan hingga ke hari ini, mereka terus memainkan peranan penting dalam meneruskan impian kehidupan demokrasi di mana sahaja mereka berada,” katanya. – FMT

Tags: ambiga sreenevasanBersih 2.0pakatan harapan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Tak Senang Majlis Agama Di Rumahnya Dipolitikkan

Next Post

Projek Battersea: Bukti Malaysia Boleh!

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

Next Post

Projek Battersea: Bukti Malaysia Boleh!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd